
2021-03-21
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2021-2025 telah berlangsung selama lima jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam.
Ia telah dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin dan dihadiri oleh kesemua baki 16 orang Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM lain yang telah dipilih pada sesi pemilihan pada Kongres FAM Ke-57 di Putrajaya pada Sabtu lalu, 13 Mac 2021.
Pada ucapan pembukaannya, Datuk Haji Hamidin telah menerangkan secara terperinci kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM mengenai visi dan misi beliau bagi tempoh empat tahun iaitu dari 2021 hingga 2025.
“Antara yang telah saya umumkan ialah mengenai penubuhan Presidential Task Force yang akan dianggotai oleh individu-individu yang bukan dari persatuan bola sepak negeri tetapi mampu untuk memberikan sumbangan kepada bola sepak negara dan membantu Presiden FAM, seperti ketua pegawai eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC), penyokong, kerajaan dan kerabat diraja.
“Saya juga telah menasihati Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM yang sekarang adalah masa untuk bekerja. Mereka diminta untuk mengutamakan bola sepak melebihi agenda individu/peribadi kerana mereka dipilih daripada berjuta individu yang ingin berada di sini dan jangan mengecewakan rakyat dan peminat bola sepak negara yang mahu melihat hasil atau keputusan daripada semua Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM.
“Untuk itu, kesemua mereka akan dipantau menerusi pengenalan Kad Laporan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM yang mana saya percaya ia dapat menjadi penanda aras serta mampu meningkatkan lagi prestasi dan kualiti setiap mereka dalam melaksanakan tugas dan portfolio yang telah dipertanggungjawabkan.
"Saya berharap agar semua yang telah dilantik sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi jawatankuasa serta pengurus pasukan-pasukan kebangsaan ini dapat berkhidmat dengan sebaiknya dan memberi sepenuh komitmen mereka demi kebaikan bola sepak Malaysia,” kata Datuk Haji Hamidin.
Pada mesyuarat itu juga, Datuk Haji Hamidin telah mengumumkan nama pengerusi dan timbalan pengerusi bagi setiap jawatankuasa tetap, jawatankuasa ad-hoc, badan bebas dan badan kehakiman bagi penggal baharu 2021-2025, selain nama pengurus pasukan-pasukan kebangsaan.
Datuk Haji Hamidin turut mengumumkan Encik Stuart Ramalingam kekal sebagai Setiausaha Agung FAM manakala Dato' Haji Ismail Karim kekal sebagai Bendahari FAM.
Mesyuarat tersebut juga menyaksikan Encik Stuart melakukan pembentangan mengenai Carta Organisasi FAM, Terma Rujukan Jawatankuasa, Peraturan Organisasi FAM, Peta Hala Tuju F:30, Projek ACE dan Kad Laporan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM.
Ia disusuli Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee yang melakukan pembentangan mengenai struktur Jabatan Teknikal FAM, status aktiviti atau program yang sedang dijalankan serta hala tuju bola sepak negara dari aspek teknikal.
SENARAI PENUH PENGERUSI & TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP, JAWATANKUASA AD-HOC, BADAN KEHAKIMAN & BADAN BEBAS FAM BAGI PENGGAL 2021-2025
A. JAWATANKUASA TETAP FAM
1. Jawatankuasa Darurat
Pengerusi: Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin
Timbalan Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi
2. Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan
Pengerusi: Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin
3. Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan
Pengerusi: Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin
Timbalan Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi
4. Jawatankuasa Pertandingan
Pengerusi: Encik Mohd Firdaus Mohamed
Timbalan Pengerusi: ACP (B) Md Dali Wahid
5. Jawatankuasa Undang-undang
Pengerusi: Encik Saaran a/l Nadarajah
Timbalan Pengerusi: Encik Syed Yazid Syed Omar
6. Jawatankuasa Pengadil
Pengerusi: Dato’ Sivasundaram a/l Sithamparam Pillai
Timbalan Pengerusi: Dato’ Jefferey Low Han Chau
7. Jawatankuasa Audit Dalam
Pengerusi: Dato’ Adly Shah Ahmad Tah
Timbalan Pengerusi: Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah
8. Jawatankuasa Bola Sepak Wanita
Pengerusi: Dato’ Suraya Yaacob
Timbalan Pengerusi: Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah
9. Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai
Pengerusi: Datuk Seri Haji Rosmadi Ismail
Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
10. Jawatankuasa Perubatan dan Sains Sukan
Pengerusi: Dato’ Jefferey Low Han Chau
Timbalan Pengerusi: Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah
11. Jawatankuasa Status
Pengerusi: Encik Mohd Joehari Mohd Ayub
Timbalan Pengerusi: Encik Saaran a/l Nadarajah
12. Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam
Pengerusi: Encik Christopher Raj Aralanthu
Timbalan Pengerusi: Dato’ Adly Shah Ahmad Tah
13. Jawatankuasa Keselamatan
Pengerusi: CP Dato’ Sri Abdul Rahim Jaafar (Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman)
Timbalan Pengerusi: ACP (B) Md Dali Wahid
14. Jawatankuasa Integriti
Pengerusi: Tan Sri Dato’ Seri Dr Aseh Haji Che Mat
15. Jawatankuasa Tiket dan Stadium
Pengerusi: Dato’ Posa Haji Majais
Timbalan Pengerusi: Dato’ Haji Ismail Karim
16. Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan
Pengerusi: Dato’ Sivasundaram a/l Sithamparam Pillai
Timbalan Pengerusi: Encik Mohd Joehari Mohd Ayub
17. Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran
Pengerusi: Dato’ Sri Shahril Mokhtar
Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
B. JAWATANKUASA AD-HOC FAM
1. Jawatankuasa Infrastruktur
Pengerusi: Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin
Timbalan Pengerusi: Dato’ Sivasundaram a/l Sithamparam Pillai
2. Jawatankuasa Hubungan dan Pembangunan Ahli Gabungan
Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi
Timbalan Pengerusi: Encik Christopher Raj Aralanthu
C. BADAN KEHAKIMAN FAM
1. Jawatankuasa Tatatertib
Pengerusi: Datuk Baljit Singh a/l Balwant Singh
2. Jawatankuasa Rayuan
Pengerusi: CP (Bersara) Dato' Sri Mohd Mokhtar Hj Mohd Shariff
D. BADAN BEBAS FAM
1. Jawatankuasa Pemilihan
Pengerusi: Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said
2. National Dispute Resolution Chamber (NDRC)
Pengerusi: Dato' Dr Abd. Shukor Ahmad
E. PENGURUS PASUKAN-PASUKAN KEBANGSAAN
i) Pasukan Kebangsaan
Pengurus: Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi
Penolong Pengurus: Dato’ Posa Haji Majais & Dato’ Kamarul Ariffin Mohd Shahar
ii) Pasukan B-23 Kebangsaan
Pengurus: Dato’ Posa Haji Majais
iii) Pasukan B-19 Kebangsaan
Pengurus: Encik Mohd Joehari Mohd Ayub
iv) Pasukan B-16 Kebangsaan
Pengurus: Encik Christopher Raj Aralanthu
v) Pasukan Wanita Kebangsaan
Pengurus: Dato’ Suraya Yaacob
vi) Pasukan Futsal Lelaki Kebangsaan
Pengurus: Datuk Seri Haji Rosmadi Ismail
vii) Pasukan Futsal Wanita Kebangsaan
Pengurus: Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah