
2023-03-14
Berikut adalah senarai akhir 16 pemain Malayan Tigress B-17 kendalian Petronella Douny yang telah terpilih untuk mengharungi cabaran negara pada Kejohanan Bola Sepak Wanita B-17 Jenesys 2022 bermula 17 hingga 21 Mac 2023 di Okinawa, Jepun.
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
NUR YUSRINA SYASYA |
15 |
SEKOLAH SUKAN NEGERI SELANGOR |
2. |
DIAN AQILAH IMRAN |
15 |
SEKOLAH SUKAN NEGERI SELANGOR |
3. |
FATIN NAJIHA ZUBER |
14 |
SEKOLAH SUKAN NEGERI SELANGOR |
4. |
NUR AMYRA FARIESYA SHAHRIZAN |
15 |
SEKOLAH SUKAN NEGERI SELANGOR |
5. |
ZAFIRAH ZULAIKHA ZUHRI |
14 |
SEKOLAH SUKAN NEGERI SELANGOR |
6. |
DALIEA ELIESA HAFIZ |
14 |
SEKOLAH SUKAN NEGERI SELANGOR |
7. |
ASMA MUNAJATI IHSAN |
16 |
SEKOLAH SUKAN NEGERI SELANGOR |
8. |
NURSYAZALINAH JAINUDIN |
15 |
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SABAH |
9. |
ADLIN BANDI |
15 |
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SABAH |
10. |
CHRISARELLYSA RICHARD |
15 |
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SABAH |
11. |
FLEYVIANNIEZIE ISHAK |
15 |
SEKOLAH SUKAN MALAYSIA SABAH |
12. |
NUR HAZELLYA DARWISYAH |
16 |
SSN SMK SERI KOTA MELAKA |
13. |
NOR ADRIANA BALQIS |
14 |
SMK SEBERANG JAYA |
14. |
NURLAYLA NABILA RAIHANNA |
14 |
SMK RAJA CHULAN |
15. |
NUR ATIKA ZHULAIKA |
14 |
SSN SMK SERI KOTA MELAKA |
16. |
NURFARISHA KARMILA |
16 |
SMK MALIM NAWAR |
Dua pemain dari skuad yang beraksi pada pusingan Kelayakan Piala Asia Wanita B-20 2024 di Phnom Penh, Kemboja dari 8 hingga 12 Mac 2023 iaitu penjaga gol, Daliea Eliesa Hafiz dan Nur Amyra Fariesya Shahrizan turut berada di dalam senarai di atas.
Kejohanan Jenesys 2022 ini adalah pertandingan perlawanan persahabatan yang bukan sahaja memberi pendedahan mengenai perlawanan antarabangsa berintensif tinggi tetapi juga memberi peluang kepada pemain-pemain muda negara mempelajari budaya pasukan lain.
12 pasukan termasuk Malaysia telah dibahagikan kepada empat kumpulan di mana skuad Malayan Tigress B-17 akan berentap bersama dua pasukan lain di dalam Kumpulan A iaitu Vietnam dan Okinawa masing-masing pada 17 dan 19 Mac 2023.
Dua pasukan terbaik akan berentap di perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada Selasa, 21 Mac 2023.
Skuad Malayan Tigress B-20 akan berlepas ke Okinawa, Jepun dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini, Selasa, 14 Mac 2023.
* Siaran Media ini dikeluarkan pada Selasa, 14 Mac 2023.