SIARAN MEDIA: SENARAI AKHIR 26 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYA KE PIALA ASIA 2023 DI QATAR

2024-01-03

Berikut senarai akhir 26 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon bagi membarisi skuad Harimau Malaya membawa cabaran Malaysia pada kempen Piala Asia 2023 di Qatar, 12 Januari hingga 10 Februari 2024.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

1.

 MUHAMMAD AZRI AB GHANI

25

PENJAGA GOL

2.

 AHMAD SYIHAN HAZMI MOHAMED

28

PENJAGA GOL

3.

 SIKH IZHAN NAZREL SIKH AZMAN

22

PENJAGA GOL

4.

 MATTHEW DAVIES

29

PERTAHANAN

5.

 SHAHRUL MOHD SAAD

31

PERTAHANAN

6.

 DANIEL SANG TING

32

PERTAHANAN

7.

 MUHAMMAD SYAHMI SAFARI

26

PERTAHANAN

8.

 DOMINIC TAN

27

PERTAHANAN

9.

 JUNIOR ELDSTAL

33

PERTAHANAN

10.

 DION-JOHAN COOLS

28

PERTAHANAN

11.

 LA’VERE LAWRENCE CORBIN-ONG

33

PERTAHANAN

12.

 AHMAD KHUZAIMI PIEE

31

PERTAHANAN

13.

 STUART JOHN WILKIN

26

TENGAH

14.

 ENDRICK DOS SANTOS

29

TENGAH

15.

 MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA

27

TENGAH

16.

 BRENDAN GAN

36

TENGAH

17.

 MOHD AFIQ FAZAIL

30

TENGAH

18.

 NATXO INSA

38

TENGAH

19.

 MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM

26

PENYERANG

20.

 DARREN LOK

34

PENYERANG

21.

 MUHAMMAD SAFAWI RASID

27

PENYERANG

22.

 ARIF AIMAN MOHD HANAPI

22

PENYERANG

23.

 MOHAMADOU SUMAREH

30

PENYERANG

24.

 PAULO JOSUE

35

PENYERANG

25.

 MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID

25

PENYERANG

26.

 ROMEL MORALES

27

PENYERANG

 

Skuad Harimau Malaya yang telah tiba di Doha, Qatar pada Isnin, 1 Januari 2024 akan mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang Syria pada Isnin, 8 Januari 2024 sebagai aksi pemanas badan menjelang sepak mula Piala Asia 2023.

Bagi saingan Kumpulan E, Malaysia akan bertemu Jordan di Stadium Al Janoub pada Isnin, 15 Januari, jam 8.30 malam (1.30 pagi Selasa waktu Malaysia); Bahrain di Stadium Jassim Bin Hamad pada Sabtu, 20 Januari, jam 5.30 petang (10.30 malam waktu Malaysia) dan Republik Korea di Stadium Al Janoub pada Khamis, 25 Januari 2024, jam 2.30 petang (7.30 malam waktu Malaysia).

Berdasarkan ranking terkini FIFA pada 21 Disember 2023, Malaysia kini di tangga 130, Jordan di tangga 87, Bahrain di tangga 86 manakala Republik Korea di tangga 23 dunia.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan iaitu 12 pasukan (Juara dan Naib Juara kumpulan A, B, C, D, E dan F) bersama empat pasukan tempat ketiga terbaik kumpulan akan layak ke Pusingan 16 Terbaik yang dijadual berlangsung pada 28, 29, 30 dan 31 Januari 2024.

Seterusnya, Suku Akhir akan berlangsung pada 2 dan 3 Februari 2024, Separuh Akhir pada 6 dan 7 Februari 2024 manakala Final pada Sabtu, 10 Februari 2024 di Stadium Lusail.

Ini merupakan kali keempat Malaysia berjaya layak beraksi di pentas Piala Asia selepas 18 edisi yang mana Malaysia layak secara merit pada edisi 1976 dan 1980, serta layak automatik selaku tuan rumah bersama pada 2007. Pada ketiga-tiga edisi tersebut, Malaysia kandas di peringkat kumpulan.

 

Siaran media ini dikeluarkan pada Rabu, 3 Januari 2024