SUKAN SEA 2015: MALAYSIA 0 THAILAND 1

Skuad B-23 negara kendalian Datuk Ong Kim Swee tewas 1-0 kepada Thailand pada perlawanan ketiga Kumpulan B saingan bola sepak Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan, Singapura, petang semalam.
 
 Gol kemenangan Thailand dijaringkan kapten, Sarach Yooyen pada minit ke-81.
 
 Selepas tiga perlawanan, Vietnam kini di tangga teratas Kumpulan B berkongsi sembilan mata dengan Thailand di tangga kedua.
 
 Diikuti Timor Leste, Malaysia dan Laos yang berkongsi tiga mata manakala Brunei di tangga keenam kumpulan tanpa sebarang mata.
 
 Skuad Kim Swee bakal menghadapi Brunei untuk perlawanan keempat pada 8 Jun (Isnin) dan perlawanan terakhir bertemu Laos pada 11 Jun (Khamis).
 
J Category: 
uncategorised8