Tarikh Pendaftaran Pemain Tempatan dan Asing

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM Kali ke-28 bagi Sesi 2010-2014 yang bersidang pada 7 November 2013 memutuskan bahawa penetapan tarikh Tempoh Pendaftaran Pertama Pemain Tempatan dan Pemain Asing selari dengan ketetapan FIFA Regulations on the Status and the Transfer of Players adalah seperti berikut:

Pemain Tempatan (di luar TMS)
1. Tempoh Pendaftaran Pertama Pemain Tempatan bermula pada 1 Oktober 2013 sehingga 17 Disember 2013 jam 12.00 tengah hari.
2. Tempoh Pendaftaran Kedua Pemain Tempatan bermula pada 23 Mac 2014 sehingga 22 April 2014 jam 12.00 tengahari.

Pemain Asing (Melalui TMS)
1. Tempoh Pendaftaran Pertama Pemain Asing bermula pada 10 Oktober 2013 sehingga 4 Disember 2013 jam 11.59 malam.
2. Tempoh pendaftaran Kedua Pemain Asing bermula pada 23 Mac 2014 sehingga 22 April 2014 jam 11.59 malam.

J Category: 
article/latest-news