WONDA COFFEE SEMARAKKAN TENAGA PEMINAT BOLA SEPAK MALAYSIA DENGAN REKA BENTUK TIN HARIMAU MALAYA EDISI TERHAD

2023-10-12

Wonda Coffee, salah satu jenama kopi sedia diminum (RTD) terkemuka di Malaysia yang menawarkan rasa seperti baru dibru dalam tin, kini melancarkan kembali rangkaian Wonda Extra Shot sempena dengan kerjasamanya dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi memperkasakan peminat bola sepak dan pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya.

Pelancaran semula rangkaian Wonda Extra Shot, minuman kopi dengan kekuatan kopi berganda, akan menampilkan rekaan tin unik terbaharu khas Harimau Malaya. Pelancaran semula ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Wonda Coffee sebagai rakan jenama untuk mengukuhkan lagi sokongan mereka terhadap pasukan bola kebangsaan yang bakal bersaing di Piala Asia 2023 di Qatar.

WONDA, jenama yang tidak asing lagi bagi peminat bola Malaysia, telah aktif mempromosikan inisiatif berfokuskan bola sepak. Pada bulan Jun lalu, Wonda mengumumkan kerjasama selama tiga tahun bersama dengan FAM bagi memartabatkan dunia bola sepak tempatan. Kerjasama bersama dengan FAM ini mencerminkan semangat dan komitmen mereka bagi menyatukan sokongan para peminat terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, dan menyemarakkan perjalanan mereka untuk mencapai kejayaan di pentas antarabangsa.

Dengan kerjasama FAM dan Harimau Malaya, rangkaian kopi Wonda Extra Shot telah dilancarkan semula menjelang kejohanan Pesta Bola Merdeka 2023 yang akan berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober. Pesta ini akan dimulakan dengan menyaksikan skuad bola sepak kebangsaan menentang India, satu perlawanan yang bakal mengukur keupayaan pasukan negara sebagai langkah persiapan menghadapi Piala Asia 2023 di Qatar.

Wonda Extra Shot ditawarkan dalam dua pilihan perisa - Kopi hitam dan Kopi Susu. Rangkaian ini menawarkan kopi dua kali ganda lebih kuat berbanding daripada pilihan kopi tin biasa. Dengan tambahan dua kali ganda, Wonda Extra Shot akan memberikan anda tenaga tambahan untuk bersorak dan menunjukkan sokongan luar biasa anda terhadap pasukan bola sepak negara kita.

Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika berkata “Wonda Coffee menghargai nilai kemasyarakatan dan kuasa sukan dalam menyatukan kita. Kerjasama dengan FAM menggariskan komitmen kami untuk mengukuhkan lagi ikatan antara peminat bola sepak dan pasukan kesayangan kita, Harimau Malaya. Inisiatif pelancaran semula Wonda Extra Shot bertujuan untuk mengumpulkan semangat, tenaga, dan sokongan tidak berbelah bahagi peminat bola sepak Malaysia dan menyalurkannya ke skuad Harimau Malaya untuk terus memburu kejayaan di pentas antarabangsa."

Amy juga berkata, “Biar apa pun cara yang dilakukan bagi menyokong pasukan bola sepak negara, kita memerlukan kekuatan yang luar biasa untuk meneruskan perjuangan, dan ini sememangnya mencerminkan intipati identiti Wonda Extra Shot yang memberikan rangsangan tambahan untuk terus maju!”

Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Presiden FAM berkata "Kami amat berterima kasih atas sokongan Wonda Coffee dalam menyemarakkan semangat peminat bola sepak Malaysia untuk berdiri teguh di belakang pasukan kebangsaan. Pelancaran semula "Wonda Extra Shot" bukan sahaja mencerminkan komitmen Wonda Coffee kepada dunia bola sepak Malaysia, tetapi turut menggariskan matlamat bersama kami untuk menyatukan negara melalui sukan indah ini. Bersama-sama, kami berhasrat untuk memperkasakan peminat bagi menjadi sumber tenaga Harimau Malaya dan menyumbang kepada kejayaan kami di pentas antarabangsa. Kerjasama ini adalah bukti sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat kami, dan kami menantikan masa depan yang penuh dengan kejayaan bersama-sama dengan Wonda Coffee.” 

Bagi menyokong Pesta Bola Merdeka dan perjalanan pasukan kebangsaan ke Qatar, rangkaian kopi Wonda Extra Shot edisi khas boleh didapati di kebanyakan kedai runcit di seluruh negara. Selain itu, untuk setiap pembelian kopi Wonda Extra Shot, Wonda Coffee akan menderma RM1 daripada hasil kutipan untuk menghantar peminat setia Harimau Malaya untuk menyokong skuad negara pada Piala Asia 2023.

Wonda dan FAM juga akan mengumumkan  pelbagai aktiviti bersama bagi memperkasakan bola sepak tempatan pada masa akan datang. Kerjasama ini juga akan menyaksikan pelbagai rancangan yang melibatkan komuniti bola sepak di Malaysia dalam pelbagai inisiatif kemasyarakatan dan sukan, demi kemajuan dunia bola sepak negara.

*Siaran media ini dikeluarkan pada Khamis, 12 Oktober 2023