2016-04-05
Majlis undian kejohanan bola sepak wanita Piala Tun Sharifah Rodziah 2016 berlangsung di Dewan Budi Siswa, Pusat Budaya dan Seni, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, hari ini.
Berikut keputusan undian tersebut yang dilakukan oleh Exco FAM, Brigadier Jeneral Dato' Norhuda Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM.
KUMPULAN A:
1. Sabah
2. Negeri Sembilan
3. Sarawak
4. ATM
5. Perlis
6. Selangor
KUMPULAN B:
1. MISC
2. Perak
3. Pulau Pinang
4. Pahang
5. Kuala Lumpur
6. Kedah
Kejohanan edisi ke-29 ini akan berlangsung di UUM dari Khamis ini (7 April) hingga 16 April ini.
Berikut jadual penuh perlawanan peringkat kumpulan, separuh akhir dan final.