2017-02-04
Berikut senarai 15 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan, Ismail Zakaria untuk menghadiri kem latihan pusat bermula 8 Februari ini (Rabu) di Gelanggang Bola Sepak Pantai, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
MOHD NAZRI SULAIMAN |
32 |
TERENGGANU |
2. |
KHAIRUL AZIZI NORWAWI |
32 |
TERENGGANU |
3. |
MOHD ZAHARIM MOHD YUSOF |
35 |
TERENGGANU |
4. |
MOHD RIDUWAN MOHD NOR |
27 |
TERENGGANU |
5. |
MOHAMMAD FAKHRULLAH MOHAMAD |
23 |
TERENGGANU |
6. |
MUHAMMAD QUSHAIRI ASSARI |
19 |
TERENGGANU |
7. |
MOHD KHAIRUL NIZAM MOHAMAD |
35 |
TERENGGANU |
8. |
MOHD ROZAIRI AHMAD |
30 |
TERENGGANU |
9. |
MOHD HASROL ALI |
29 |
TERENGGANU |
10. |
MOHAMAD FAKHRUDDIN MOHAMAD |
23 |
TERENGGANU |
11. |
AJASNI PARMAN |
44 |
KUALA LUMPUR |
12. |
MOHD RIDHWAN ZAINAL |
29 |
KUALA LUMPUR |
13. |
MOHD SHAFIQ RIZA HUZAIR |
24 |
PAHANG |
14. |
MUHAMAD AMINULLAH ABD RAZAB |
25 |
PAHANG |
15. |
MOHD JAMIL DAUD |
31 |
KELANTAN |
Ia sebagai persiapan awal skuad Harimau Malaysia untuk menghadapi Kejuaraan Bola Sepak Pantai ‘Thailand 5’ 2017 di Bangkok, Thailand dari 11 hingga 17 Februari 2017 yang disertai 4 pasukan; Thailand, Jepun, Hungary dan Malaysia.
Senarai 12 pemain dipilih Ismail akan diumumkan dan mereka akan berlepas ke Bangkok pada 11 Februari ini.
KOMEN KETUA JURULATIH BOLA SEPAK PANTAI KEBANGSAAN, ISMAIL ZAKARIA
“Daripada pemerhatian saya (pada kem latihan pusat bulan lepas), setelah 9 tahun meninggalkan bola sepak pantai, saya dapat lihat banyak peningkatan terutamanya dari segi teknik pemain-pemain.
“Saya akan membawa 12 pemain ke Bangkok nanti manakala tiga pemain lagi akan diletakkan di senarai bersedia. Saya berharap pemain-pemain akan mengambil peluang ini sebaik mungkin dan membuktikan kemampuan mereka.
“Kejuaraan ‘Thailand 5’ ini adalah untuk saya menilai aksi para pemain di peringkat antarabangsa sebelum saya memilih skuad akhir ke Kejuaraan Bola Sepak Pantai AFC 2017, bulan depan.”