MPFL 2023

 

KATEGORI LELAKI:

Tempoh Pertandingan: 18 Februari hingga 5 Ogos 2023

* 14 pasukan bertanding dengan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 7 pasukan dalam Kumpulan A dan 7 pasukan dalam Kumpulan B.

* Peringkat kumpulan dijalankan dengan format liga dua pusingan (home & away) di venue pilihan pasukan yang mana setiap pasukan akan beraksi sebanyak 12 perlawanan.

* 4 pasukan teratas Kumpulan A dan B seterusnya akan mara ke pusingan kalah mati iaitu Suku Akhir secara satu pusingan (venue perlawanan akan diundi) serta Separuh Akhir dan Final secara timbal balik di venue pilihan pasukan.

* Selepas berakhir saingan liga tersebut, Malaysia Futsal Cup (MFC) 2023 pula bakal menyusul pada Ogos dan September 2023.

* Ia akan disertai lapan pasukan iaitu enam pasukan yang layak automatik - tiga pasukan teratas Kumpulan A dan B pada MPFL 2023 serta dua pasukan pemenang dari pusingan kelayakan iaitu pasukan tempat keempat dan kelima Kumpulan A dan B.

* Format pertandingan MFC 2023 ialah kalah mati secara timbal balik - home dan away iaitu bermula dari Suku Akhir, Separuh Akhir dan Final.

 

KATEGORI WANITA:

(Akan diumumkan kemudian)