Kuantan, 7 September 2013: Malaysia memulakan rentak cemerlang dengan berjaya menewaskan Singapura dengan jaringan tipis 1-0 menerusi penyerang negara, Thamil Arasu pada separuh masa kedua (46').
Skuad kendalian Ong Kim Swee berpeluang menambah jaringan apabila pemain Singapura dilayangkan kad merah apabila menampan bola menggunakan tangan. Sepakan penalti yang diambil oleh pemain sayap FC Ryukyu, Wan Zack Haikal bagaimanapun berjaya ditampan oleh penjaga gol Singapore, Muhammad Syazwan Buhari.
Perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan kekal Malaysia mendahului dengan satu jaringan sehingga tamat masa permainan.
Perlawanan seterusnya skuad Malaysia akan bertemu Myanmar pada 9 September 2013 (Isnin) pada jam 8.45 malam
Wan Zack Haikal yang bermain untuk Kelab FC Ryukyu di Jepun menggelecek Muhammad Hafiz Sujad
Putera Nadher Amarhan cemerlang mengemudi barisan tengah Malaysia
Barisan kesebelasan Malaysia pada perlawanan menentang Singapura
Barisan pemain Singapura kendalian V.Sundram Moorthy