Keputusan Undian Piala Malaysia 2014
(Gambar: Kapten-kapten pasukan bergambar bersama trofi Piala Malaysia)
13 Julai- Saingan dari pasukan-pasukan yang hebat bakal disaksikan oleh para penyokong bola sepak tempatan untuk Piala Malaysia 2014 kali ini. Sepak mula akan bermula pada 13 Ogos 2014 ini dan kemuncak Piala Malaysia 2014 ialah pada 8 November 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Berikut adalah keputusan undian Piala Malaysia 2014:
Kumpulan A: Pahang, Lions XII FC, KL Felda United FC dan Johor Darul Ta’zim FC II
Kumpulan B: Terengganu, Sarawak, Perak dan Kedah
Kumpulan C: Johor Darul Ta’zim FC, Kelantan, ATM dan Pulau Pinang
Kumpulan D: Selangor, KL Sime Darby FC, PDRM dan Terengganu PBDKT/ T-Team
J Category:
article/latest-news