Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM telah mengambil keputusan untuk melantik Mohd Aysraaf Abdullah sebagai pengendali baharu pasukan bola sepak wanita kebangsaan bagi menggantikan Jacob Joseph yang telah mengambil alih teraju utama pasukan Liga FAM, KL MISC MIFA.
"Sebelum dia dilantik, kami telah mendapatkan maklumbalas dari banyak pihak - dan Asyraaf dikenali sebagai seorang jurulatih yang berdedikasi dan komited. Dia mempunyai perancangan yang bagus dan sentiasa melihat ke masa hadapan pasukan. Hasil usahanya juga yang membolehkan pasukan kita bermain di Bangkok kerana dia mahukan pemain-pemain bukan sahaja menimba pengalaman tetapi diberi pendedahan bermain di peringkat antarabangsa," ujar Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita, Brigadier Jeneral Dato' Nurulhuda Ahmad.
Asyraaf pernah berkhidmat sebagai Pengarah Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan juga sebagai ketua jurulatih pasukan futsal Sabah sebelum menjadi jurulatih skuad wanita kebangsaan. Seramai 25 orang pemain telah dipanggil untuk menjalani latihan pusat di Kompleks Sukan UMS pada 7 hingga 28 April.
Pemain-pemain yang terpilih kali ini terdiri daripada gabungan muka-muka lama dan baharu yang juga tergolong daripada pemain-pemain di Liga Futsal Kebangsaan (LFK) FAM-Felda 2015
Pasukan ini akan mengadakan dua perlawanan persahabatan antarabangsa di Bangkok, Thailand pada 15 hingga 19 April sebagai persediaan untuk menghadapi Kejohanan Bolasepak Wanita AFF 2015 yang akan diadakan di Ho Chi Minh, Vietnam pada 1 hingga 10 Mei nanti.
Berikut adalah senarai pemain-pemain yang terpilih untuk menjalani latihan oleh jurulatih Asyraaf Abdullah:
Nama |
Negeri/Kelab |
Masyita binti Mohd Tajib |
Sabah |
Zaffeka binti Zakaria |
Sabah |
Dadree Rofinus |
Sabah |
Leonie Vitus |
Sabah |
Sihaya binti Ajad |
Sabah |
Asma Junaidi |
Sabah |
Usliza Usman |
Sabah |
Haindee Mosroh |
Sabah |
Eslilah Esar |
Sabah |
Jaciah Jumilis |
Sabah |
Shereilynn Elly Pius |
Sabah |
Maznah Ali |
Sabah |
Masturah Majid |
Sabah |
Marlia Basri |
Sabah |
Joponimilina Lisen |
Sarawak |
Kelly Kennedy |
Sarawak |
Angela Kais |
PDRM |
Lovelytha Jelus |
PDRM |
Norhanisa binti Yahya |
PDRM |
Nur Atika binti Omar |
PDRM |
Norsuriani binti Mazli |
Pahang |
Malini binti Nordin |
Negeri Sembilan |
Rozaini binti Bakar |
ATM |
Nur Atikah binti Abdul Wahab |
ATM |
Zawani Nisha binti Habib Rahman |
KL Felda United |