Sirkit Kelapan Liga Futsal Kebangsaan FAM-Felda (LFK) 2015 yang berlangsung di Stadium Panasonic, Shah Alam menyaksikan dominasi juara bertahan, KL Felda United.
Skuad bimbingan ketua jurulatih Zul Azmi Zulkifli itu menewaskan pasukan T-Team 7-1 sebelum terikat 3-3 dengan pasukan Selangor MPSJ. Walaubagaimanapun, pasukan pendahulu liga itu menemui rentak kemenangan pada hari Ahad setelah mengenepikan cabaran Pahang 3-0.
Pasukan Selangor MPSJ pula pantas untuk menduduki tempat kedua liga setelah seri 3-3 bersama KL Felda United dan juga Sabah Quilmes sebelum menundukkan pasukan Sabah 5-1.
Hari Perlawanan Kesembilan Belas
Lelaki |
KL Felda United FC 7-1 T-Team |
Selangor MPSJ 3-3 Sabah Quilmes |
Kedah 3-2 Pahang |
KL Petaling Putra 7-3 Kuala Lumpur MK |
Sabah 1-4 Perak |
Melaka 4-2 Selangor |
Hari Perlawanan Kedua Puluh
Lelaki |
KL Petaling Putra 2-4 Kedah |
Kuala Lumpur MK 6-4 T-Team |
Sabah 3-5 Selangor |
KL Felda United 3-3 Selangor MPSJ |
Melaka 1-1 Pahang |
Hari Perlawanan Kedua Puluh Satu
Lelaki |
Selangor MPSJ 5-1 Sabah |
Selangor 2-0 Kuala Lumpur MK |
Kedah 3-7 Melaka |
Sabah Quilmes 2-3 KL Petaling Putra |
T-Team 5-2 Perak |
Pahang 0-3 KL Felda United |