Majlis undian bagi pertandingan Piala FAM, Piala Presiden & Piala Belia 2017 telah berlangsung di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam pada Khamis, 2 Februari 2017.
Ia dihadiri Setiausaha Agung FAM, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin; Exco FAM, Dato' S Sivasundaram selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM serta Setiausaha Kehormat Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM), Supt Md Dali Wahid yang juga Ahli Jawatankuasa Pertandingan FAM.
Turut hadir, wakil-wakil dari pasukan bertanding yang telah berkampung selama dua hari di Intekma Resort & Convention Centre bagi sesi taklimat pertandingan untuk musim 2017.