2017-08-01
Skuad bola sepak wanita kebangsaan kendalian Mohd Asyraaf Fong Abdullah telah bertemu India pada satu perlawanan antarabangsa "A" di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Isnin, 31 Julai 2017 sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bermula 15 Ogos ini.
Pada perlawanan tersebut, Malaysia telah tewas 2-0 kepada India menerusi dua jaringan Pyari Xaxa pada minit ke-76 dan minit ke-86
Kesebelasan Utama Malaysia: 23-Nurul Azurin Mazlan; 9-Usliza Usman, 17-Malini Nordin, 8-Eslilah Esar; 22-Haindee Mosroh, 2-Masturah Majid (K), 16-Nor Athirah Mamat, 4-Shereilynn Elly Pius; 7-Jaciah Jumilis, 15-JL Fedalliah Claritta Jaimin, 19-Dadree Rofinus.