Piala Belia 2022

FORMAT PERTANDINGAN PIALA BELIA 2022:

* Sepak mula pada 23 Februari 2022 (Rabu)

* Peringkat liga: 20 pasukan dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan A (Zon Utara) dianggotai 7 pasukan dari Zon Utara dan Timur (hanya 5 pasukan selepas Perak FC dan Kelantan FC menarik diri), Kumpulan B (Zon Selatan) dengan 7 pasukan dari Zon Selatan, Timur dan Tengah manakala Kumpulan C (Zon Tengah) dengan 6 pasukan dari Zon Tengah, Timur dan Borneo.

* Saingan peringkat kumpulan akan berlangsung secara home dan away dari 23 Februari hingga 17 Julai 2022 dengan lapan pasukan terbaik iaitu dua pasukan teratas setiap kumpulan dan dua pasukan tempat ketiga terbaik kumpulan akan layak ke Suku Akhir.

* Peringkat kalah mati: Suku Akhir (25 dan 31 Julai 2022), Separuh Akhir (7 dan 14 Ogos 2022) dan Final (19 dan 26 Ogos 2022) akan berlangsung secara home dan away.