Piala Presiden 2022

FORMAT PERTANDINGAN PIALA PRESIDEN 2022:

* Sepak mula pada 25 Februari 2022 (Jumaat)

* Peringkat liga: 20 pasukan dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan A (Zon Utara) dianggotai 7 pasukan dari Zon Utara dan Timur (hanya 6 pasukan selepas Perak FC menarik diri), Kumpulan B (Zon Selatan) dengan 7 pasukan dari Zon Selatan, Timur dan Tengah manakala Kumpulan C (Zon Tengah) dengan 6 pasukan dari Zon Tengah, Timur dan Borneo.

* Saingan peringkat kumpulan akan berlangsung secara home dan away dari 25 Februari hingga 14 Julai 2022 dengan lapan pasukan terbaik iaitu dua pasukan teratas setiap kumpulan dan dua pasukan tempat ketiga terbaik kumpulan akan layak ke Suku Akhir.

* Peringkat kalah mati: Suku Akhir (25 Julai dan 1 Ogos 2022), Separuh Akhir (8 dan 15 Ogos 2022) dan Final (21 dan 28 Ogos 2022) akan berlangsung secara home dan away.