News Archive: May 2015

Senarai 31 pemain untuk kem latihan pusat Harimau Malaya

Berikut adalah senarai 31 pemain untuk kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula hari ini (28 Mei) bagi menghadapi perlawanan antarabangsa A bertemu Hong Kong di Stadium Shah Alam, 6 Jun ini.

Senarai 30 pemain Harimau Muda C ke Slovakia

Berikut adalah senarai 30 pemain skuad B-19 negara, Harimau Muda C yang berlepas ke Slovakia, awal pagi tadi untuk 16 perlawanan menentang skuad B-19 kelab-kelab di Slovakia.

 Skuad kendalian Hassan Sazali Mohd Waras ini akan memulakan perlawanan pertama bertemu skuad B-19 FC Horna Nitra pada 2 Jun ini dan menamatkan perlawanan terakhir bertemu skuad B-19 FK Inter Bratislava pada 11 Ogos.

Tottenham Hotspur tiba di Malaysia

KUALA LUMPUR (26 MEI 2015): Tottenham Hotspur bimbingan Mauricio Pochettino tiba di ibu negara bersama barisan pemain bintang mereka antaranya sensasi baharu di White Hart Lane, Harry Kane, penjaga gol Hugo Lloris, pemain tengah Erik Lamela dan Christian Eriksen untuk aksi Piala AIA Kuala Lumpur 2015 menentang Malaysia XI.

Senarai akhir 20 pemain skuad Sukan SEA 2015

Berikut adalah senarai akhir 20 pemain skuad B-23 negara ke Sukan SEA 2015 di Singapura, 30 Mei hingga 15 Jun ini yang dikeluarkan jurulatih B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee pada sidang media di The Saujana Hotel, Subang, malam tadi.

 Tujuh pemain digugurkan daripada senarai akhir itu iaitu Syazwan Yusoff, Rozaimi Abd Rahman, Ferris Danial Mat Nasir, Akram Mahinan, Farhan Roslan, Arip Amiruddin dan Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris.

Senarai akhir 20 pemain Pilihan Malaysia bertemu Tottenham

Berikut adalah senarai akhir 20 pemain skuad Pilihan Malaysia untuk perlawanan Piala AIA 2015 bertemu Tottenham di Stadium Shah Alam, 27 Mei (Rabu ini).