News Archive: July 2015

MAJLIS UNDIAN & JADUAL PERLAWANAN PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2015

Majlis undian kejohanan bola sepak wanita Piala Tun Sharifah Rodziah 2015 berlangsung di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, hari ini.
 
 Berikut keputusan undian tersebut yang dilakukan oleh Setiausaha Agung FAM, Dato' Hamidin Mohd Amin dan Exco FAM, Dato' Norhuda Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM.
 
KUMPULAN A:
 
1. Pulau Pinang
2. Selangor
3. Sabah
4. Negeri Sembilan
5. Sarawak
 

MISC-MIFA TAK LETAK SASARAN PENYERTAAN SULUNG PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH

Pendatang baharu, Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bolasepak India Malaysia (MISC-MIFA) tidak mahu dibebani tekanan atau sasaran pada penyertaan sulung mereka di kejohanan bola sepak wanita Piala Tun Sharifah Rodziah 2015 yang bakal bermula Ahad ini.
 

Harimau Muda C belasah CFK Nitra 4-0

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras mencatat kemenangan besar ke atas Cermansky FK Nitra B-19 4-0 pada aksi keempat belas siri perlawanan di Slovakia, malam tadi.

PDRM buru final ketujuh berturut Piala Tun Sharifah Rodziah

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat meneruskan rentak konsisten mereka sepanjang enam edisi terdahulu apabila kejohanan bola sepak wanita Piala Tun Sharifah Rodziah 2015 membuka tirai saingannya, Ahad ini (2 Ogos).
 
 Sepanjang enam edisi terakhir kejohanan - 1998, 1999, 2000, 2002, 2003 dan 2004, PDRM berjaya layak ke final dengan tiga kali muncul juara - 1999, 2000 dan 2002. PDRM beraksi kali pertama di final pada 1994 tetapi tewas kepada Sabah.

Sabah tekad pertahan kejuaraan Piala Tun Sharifah Rodziah

Juara bertahan, Sabah tetap yakin mampu mempertahankan kejuaraan pada kejohanan bola sepak wanita Piala Tun Sharifah Rodziah 2015 yang bakal berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Institut Latihan Kehakiman & Perundangan (ILKAP), Bandar Baru Bangi dari Ahad ini (2 Ogos) hingga 8 Ogos 2015.
 

Senarai 20 pemain untuk kem latihan skuad futsal Malaysia (4 Ogos-3 September)

Berikut senarai 20 pemain dipilih ketua jurulatih skuad futsal lelaki kebangsaan, Marcelo Serpa untuk kem latihan pusat di Kompleks Sukan Negara (Panasonic) Shah Alam dari 4 Ogos hingga 3 September 2015.
 
 Kesemua 14 pemain yang membawa Malaysia muncul naib juara Piala Futsal Komanwel 2015 di Wellington, New Zealand, 12 Julai lalu dikekalkan untuk kem latihan kali ini.
 

Senarai pemain Malaysia B-15 ke Kejuaraan AFF B-16 2015

Berikut senarai 23 pemain skuad bawah 15 tahun (B-15) negara yang menyertai Kejuaraan AFF B-16 2015 di Phnom Penh, Kemboja dari 27 Julai hingga 9 Ogos 2015.

BIL.

NAMA

SEKOLAH

Harimau Muda C benam Dunajska raih kemenangan ke-12

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Dunajska Streda B-19 3-2 pada aksi ketiga belas siri perlawanan di Slovakia, malam tadi.

Penyerang berbisa, Jafri Firdaus Chew muncul sebagai wira hatrik apabila meledak ketiga-tiga gol pada minit ke-11, 17 dan 82 bagi membolehkan pasukan bawah-19 tahun negara merakam kemenangan kedua belas berturut-turut.

Persahabatan: Malaysia XI 1-1 Liverpool FC

Skuad Pilihan Malaysia (Malaysia XI) mencatat keputusan seri 1-1 dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool FC pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
 
 Malaysia XI kendalian jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh yang turut menampilkan lima pemain import Liga Malaysia berjaya mendahului menerusi penyudah kemas penyerang import PKNS FC, Patrick Ronaldinho Wleh pada minit ke-13.
 

Harimau Muda C raih kemenangan ke-11 berturut

Skuad Harimau Muda C kendalian jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras mencatat kemenangan besar apabila membelasah skuad bawah-19 tahun pasukan Divisyen 1 Slovakia, MFK Ruzomberuk 5-1 pada aksi kedua belas siri perlawanan di Slovakia, malam tadi.