News Archive: April 2017

SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT FASA 6 SKUAD FUTSAL WANITA MALAYSIA BERMULA 17 APRIL INI

2017-04-13

Berikut senarai 20 pemain dipanggil ketua jurulatih futsal wanita kebangsaan, Muizzudin Mohd Haris untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 6 skuad futsal wanita Malaysia bermula 17 April ini (Isnin).

 Ia sebagai persiapan untuk menghadapi temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos 2017. 

 

SIARAN MEDIA: PENGGUNAAN VAR, PENGADIL PROFESIONAL BERMULA AKSI LIGA SUPER 2018

2017-04-11

JOHOR BAHRU (11 APRIL 2017): Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan untuk melaksanakan penggunaan sistem video bantuan pengadil (VAR) dan pengadil profesional bermula pada saingan Liga Super 2018.

 Setiausaha Agung FAM, Dato' Hj Hamidin Hj Mohd Amin berkata, sistem VAR itu akan dicuba penggunaannya pada saingan separuh akhir dan final Piala Malaysia 2017 sebelum diguna pakai secara menyeluruh mulai awal tahun depan.

SKUAD BOLA SEPAK KEBANGSAAN AKAN KEMBALI MENGGUNAKAN NAMA HARIMAU MALAYA

2017-04-03

Skuad bola sepak kebangsaan akan kembali menggunakan nama gelaran Harimau Malaya sebagaimana nama asal pasukan tersebut sejak ditubuhkan.

 Penukaran nama ini adalah atas titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

PIALA BELIA 2017: SSMP B-17, SSTMI B-16 KEKAL REKOD KEMENANGAN BERSIH

2017-04-03

Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-17 dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) B-16 meneruskan rekod kemenangan bersih pada perlawanan keempat Piala Belia 2017, petang semalam untuk kekal bergelar pendahulu Kumpulan A dan B.

 Bagi saingan Kumpulan A, SSMP B-17 yang dibimbing P Somasundram berjaya meraih kemenangan keempat berturut apabila menang tipis 1-0 ke atas pasukan tercorot, Pahang di Padang Majlis Daerah Pekan untuk kini meraih 12 mata maksimum.