News Archive: April 2017

LFK 2017: MELAKA HAMPIRI KEJUARAAN KATEGORI LELAKI SELEPAS FELDA UNITED TERCICIR MATA

2017-04-30

Pendahulu kategori lelaki, Melaka semakin hampir untuk dinobatkan sebagai juara baharu Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 selepas meneruskan rentak kemenangan dengan membelasah pasukan tercorot, KL Petaling Putra FC 14-0 pada hari kedua Sirkit 8 di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, hari ini.

LFK 2017: MELAKA, FELDA UNITED TERUS BERSAING REBUT KEJUARAAN KATEGORI LELAKI

2017-04-29

Melaka berjaya membelasah T-Team 9-2 pada hari pertama Sirkit 8 Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, hari ini untuk terus kekal sebagai pendahulu kategori lelaki yang kini hanya berbaki tiga lagi perlawanan.

 Bagaimanapun juara bertahan, Felda United kekal ketinggalan empat mata di tangga kedua selepas turut berjaya meraih kemenangan dengan menewaskan pasukan kedua tercorot, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) 5-4.

SENARAI 18 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT FASA 3 SKUAD FUTSAL LELAKI MALAYSIA BERMULA 26 MEI 2017

2017-04-29

Berikut senarai 18 pemain dipanggil ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 3 skuad futsal lelaki Malaysia bagi tahun 2017 bermula 26 Mei ini hingga 23 Jun depan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

 Ia sebagai persiapan awal skuad futsal Harimau Malaya itu bagi menghadapi Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur pada Ogos depan.

 

SENARAI 25 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT FASA 3 SKUAD WANITA MALAYSIA BERMULA 2 MEI 2017

2017-04-27

Berikut senarai 25 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad bola sepak wanita kebangsaan, Mohd Asyraaf Abdullah untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 3 bermula Selasa ini (2 Mei 2017) di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu, Sabah.

KEPUTUSAN PENGGANTUNGAN PERLAWANAN KE ATAS PEMAIN-PEMAIN YANG DISABIT KESALAHAN KERANA MENERJAH & AMARAN KERAS KEPADA PEMAIN TIDAK BERDISIPLIN

2017-04-25

Jawatankuasa Tatatertib, di bawah Artikel 81, Kod Tatatertib FAM telah memutuskan untuk menggantung pemain-pemain berikut satu perlawanan dan denda Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) kerana menerjah di dalam perlawanan masing-masing.

 

1. Pemain JDT Afiq Fazail (JDT mln Pahang. Suku akhir kedua Piala FA)

 

INTERPRETASI LWN FAKTA SEBENAR II - SUBKHIDDIN

2017-04-25

Saya sangat bersyukur dengan perkembangan terkini dan perhatian yang diberikan oleh sebilangan peminat bola sepak tanahair. Sekalipun disindir dan dikecam dari pelbagai sudut khususnya di laman sosial, ianya secara tidak langsung menunjukkan kepada kita kekuatan personaliti seseorang pemain di kaca mata peminat bola sepak. Semoga kekuatan ini dapat digunakan secara positif oleh seseorang pemain sebagai ‘role model’ kepada mereka yang lain.

SENARAI LENGKAP PENGERUSI & TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP FAM 2017-2021

2017-04-18

Berikut senarai lengkap nama pengerusi & timbalan pengerusi jawatankuasa tetap, jawatankuasa badan kehakiman dan pelesenan kelab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021 seperti yang telah diperkenan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden FAM.

INTERPRETASI LWN FAKTA SEBENAR - SUBKHIDDIN

2017-04-17

Adalah sangat malang apabila kemeriahan bola sepak Malaysia ketika ini lebih tertumpu kepada isu kepengadilan. Dalam masa kita berusaha melakukan beberapa perubahan untuk mengukuhkan persembahan dan prestasi pengadil, segelintir pemberitaan dan perbincangan lebih tertumpu kepada isu pengadil yang tidak menepati kehendak dan pendapat sesetengah pihak berbanding isu kecemerlangan pasukan dalam menyusun strategi untuk menghiburkan penonton dan pada masa yang sama berusaha mencapai kemenangan bersih secara terhormat.

LFK 2017: JUARA BERTAHAN LELAKI TERUS HIMPIT MELAKA, FELDA UNITED HAMPIRI KEJUARAAN WANITA

2017-04-17

Juara bertahan kategori lelaki, Felda United memperoleh gol kemenangan ketika permainan berbaki tiga saat untuk terus menghambat pendahulu, Melaka selepas berakhirnya hari kedua Sirkit 7 Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 di Arena UPSI, Tanjung Malim pada Ahad.

 Felda United yang turun ke tangga ketiga selepas tidak beraksi pada Sabtu kembali merampas tangga kedua daripada Pahang menerusi kemenangan tipis 5-4 ke atas lawan berkenaan.

LFK 2017: MELAKA KEMBALI GARANG KUKUH TERATAS LELAKI, FELDA UNITED KEKAL PENDAHULU WANITA

2017-04-15

Selepas tercicir mata diikat KL City FC 3-3 pada Sirkit 6 minggu lalu, pendahulu kategori lelaki, Melaka kembali garang dengan membelasah Perak 7-0 pada hari pertama Sirkit 7 Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 di Arena UPSI, Tanjung Malim, hari ini.

 Kemenangan ke-10 daripada 11 perlawanan itu meletakkan Melaka kendalian Mohamad I'sah Abd Rahim kekal di tangga teratas dengan 31 mata.