News Archive: May 2018

KEPUTUSAN UNDIAN KELAYAKAN KEJUARAAN WANITA B-19 & B-16 AFC 2019

2018-05-30

Skuad wanita B-19 kebangsaan kendalian Jacob Joseph telah diundi dalam Kumpulan E bersama Vietnam, Jordan, dan Northern Mariana Islands bagi saingan kelayakan Kejuaraan Wanita B-19 AFC 2019 pada majlis undian di Kuala Lumpur hari ini.

Malaysia akan bertemu Vietnam pada 24 Oktober 2018 diikuti perlawanan menentang Jordan pada 26 Oktober dan Northern Mariana Islands pada 28 Oktober dalam saingan pusingan kelayakan pertama dengan tuan rumah akan ditentukan kemudian.

JADUAL PERLAWANAN MALAYSIA PADA KEJUARAAN B-19 AFC 2018 DI INDONESIA

2018-05-18

Skuad bola sepak B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak telah diundi dalam Kumpulan D bersama Arab Saudi, Tajikistan dan China bagi menghadapi Kejuaraan B-19 AFC di Indonesia yang dijadualkan berlangsung dari 18 Oktober hingga 4 November depan.

Pada majlis undian yang berlangsung di Jakarta, Indonesia hari ini, tuan rumah, Indonesia diundi dalam Kumpulan A bersama United Arab Emirates, Qatar dan Chinese Taipei.

Jepun, selaku juara bertahan diundi dalam Kumpulan B yang disertai tiga lagi pasukan iaitu Iraq, Thailand dan Korea Utara.

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM KALI KELIMA BAGI PENGGAL 2017-2021

2018-05-18

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat kali kelima bagi penggal 2017-2021 pada 14 Mei 2018 (Isnin) telah mencapai keputusan berikut:

1. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Abdullah Bin Yusoff terhadap Kelab Bolasepak Petaling Jaya Rangers berhubung penamatan kontrak secara sebelah pihak

SENARAI 27 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-19 KEBANGSAAN BERMULA 20 MEI 2018

2018-05-15

Berikut senarai 27 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Bojan Hodak untuk ke kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya  bermula Ahad ini, 20 Mei 2018 sebagai persiapan awal menjelang Kejuaraan B-19 AFF 2018 di Indonesia, Julai depan.

 

BIL

NAMA

UMUR

SIARAN MEDIA: TIGA NAMA DICALON BAGI JAWATAN PRESIDEN FAM

2018-05-11

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin mengumumkan bahawa tiga individu iaitu Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Dato' Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan Tan Sri Annuar Musa telah dicalonkan bagi mengisi jawatan Presiden FAM yang baharu.

Selepas tempoh pencalonan yang dibuka pada 2 April 2018 berakhir pada jam 5.00 petang tadi, FAM hanya menerima tiga nama berkenaan sebagai calon daripada ahli-ahli gabungan yang telah mengembalikan kertas pencalonan masing-masing.

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI KEENAM BAGI PENGGAL 2017-2021

2018-05-03

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuarat kali keenam bagi penggal 2017-2021 pada 3 Mei 2018 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

1. Ketua Jurulatih Pasukan Kuala Lumpur – Fabio Joaquim Maciel Da Silva

Perlawanan: Perlawanan Piala FA 2018, Kuala Lumpur lwn Selangor pada 7 April 2018 di Stadium KLFA, Cheras.

JADUAL PERLAWANAN MALAYSIA PADA PIALA SUZUKI AFF 2018

2018-05-02

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe telah diundi dalam Kumpulan A bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos bagi Piala Suzuki AFF 2018 yang dijadualkan berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember depan.

Pada majlis undian yang berlangsung di Jakarta, Indonesia hari ini, Thailand selaku juara edisi 2016 ditempatkan dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Filipina, Singapura dan pemenang perlawanan kelayakan antara Brunei dan Timor Leste.