News Archive: July 2018

SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT & PEMILIHAN FASA 1 SKUAD FUTSAL LELAKI KEBANGSAAN MENJELANG KEJUARAAN FUTSAL AFF 2018 DI INDONESIA

2018-07-11

Berikut senarai 20 pemain dipilih ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong ke kem latihan pusat dan pemilihan Fasa 1 skuad futsal lelaki kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya dari 17 hingga 25 Julai 2018 bagi persiapan dan persediaan awal menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2018 di Indonesia pada 5 hingga 15 November 2018.

 

BIL

NAMA

PERLAWANAN ANTARABANGSA "A": MALAYSIA 1-0 FIJI

2018-07-06

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe mencatat kemenangan kedua berturut apabila berjaya menewaskan Fiji 1-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras semalam.

SUKAN ASIA 2018: MALAYSIA DIUNDI BERSAMA REPUBLIK KOREA, KYRGYZSTAN & BAHRAIN

2018-07-05

Skuad B-23 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee telah diundi dalam Kumpulan E bersama Republik Korea, Kyrgyzstan dan Bahrain pada majlis undian yang berlangsung di Jakarta, Indonesia, hari ini.

Acara bola sepak Sukan Asia 2018 disertai 24 pasukan yang dibahagi kepada 6 kumpulan.

Juara dan naib juara kumpulan (12 pasukan) serta 4 pasukan terbaik tempat ketiga kumpulan akan layak ke pusingan kedua kalah mati dan disusuli suku akhir, separuh akhir dan akhir.