News Archive: July 2018

FAM HANTAR SURAT BANTAHAN KEPADA AFF & AFC BERHUBUNG TINDAKAN MELAMPAU PENYOKONG INDONESIA HINA NAMA NEGARA MALAYSIA

2018-07-31

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah menghantar surat bantahan kepada Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berhubung tindakan melampau penyokong tuan rumah, Indonesia menghina nama negara Malaysia dengan menyanyikan chant berbunyi "Malaysia itu anjing" pada perlawanan sulung skuad B-16 kebangsaan kendalian Raja Azlan Shah Raja So'ib untuk Kejuaraan B-16 AFF 2018 bertemu Thailand di Surabaya, Indonesia, malam tadi.

FAM SAMBUT BAIK SOKONGAN PERDANA MENTERI UNTUK AMBIL PEMAIN NATURALISASI SERTAI HARIMAU MALAYA

2018-07-30

Saya terlebih dahulu ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah memberikan lampu hijau kepada pasukan Harimau Malaya menggunakan pemain berstatus naturalisasi, seperti dinyatakan kepada media, hari ini.

SIARAN MEDIA: FAM TERIMA PENAJAAN RM6 JUTA DARIPADA CUSTOMCRAFT

2018-07-28

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini menerima penajaan berjumlah RM6 juta daripada CustomCraft (M) Sdn Bhd untuk tempoh tiga tahun dari 2018 hingga 2021 iaitu sebanyak RM2 juta setahun.

Majlis menandatangani perjanjian penajaan itu telah berlangsung di Hotel Hatten Melaka sejurus selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM Kali Kelima Bagi Penggal 2017-2021.

KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA STATUS FAM KALI KEDUA BAGI PENGGAL 2017-2021 PADA 25 JULAI 2018

2018-07-28

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat khas kali kedua bagi penggal 2017-2021 pada 25 Julai 2018 (Rabu) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Mohd Noor Hazrul Bin Mohd Mustafa terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berhubung tunggakan gaji

SENARAI 24 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-23 KEBANGSAAN MENJELANG SUKAN ASIA 2018

2018-07-18

Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk ke kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 30 Julai 2018 sebagai persiapan menghadapi Sukan Asia 2018 di Indonesia dari 14 Ogos hingga 1 September 2018.

 

BIL

NAMA

STUART MICHAEL RAMALINGAM DILANTIK SETIAUSAHA AGUNG FAM YANG BAHARU

2018-07-15

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin mengumumkan pelantikan Stuart Michael Ramalingam sebagai Setiausaha Agung FAM yang baharu.

Pelantikan Stuart sebagai Setiausaha Agung FAM yang ke-10 adalah berdasarkan Artikel 61 Perenggan 1 dalam Statut FAM yang menyatakan bahawa Setiausaha Agung hendaklah dilantik oleh Presiden.

MALAYSIA MUNCUL JUARA PADA KEJUARAAN B-19 AFF 2018

2018-07-15

Skuad B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak muncul juara Kejuaraan B-19 AFF 2018 buat kali pertama selepas berjaya menewaskan Myanmar 4-3 pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, Surabaya, Indonesia malam tadi. 

Malaysia memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila berjaya mencipta dua gol awal menerusi Awang Muhammad Faiz pada minit ke-3 dan Nik Akif Syahiran pada minit ke-18.

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG INSIDEN SELEPAS PERLAWANAN SEPARUH AKHIR KEJUARAAN B-19 AFF 2018 DI SURABAYA, INDONESIA

2018-07-13

Saya telah menghubungi Naib Presiden FAM, Dato' Ab Ghani Hassan selaku pengurus pasukan B-19 kebangsaan dan juga pegawai-pegawai pasukan kita di Surabaya, Indonesia bagi mendapatkan maklumat berhubung insiden yang berlaku selepas perlawanan separuh akhir Kejuaraan B-19 AFF 2018 bertemu tuan rumah, Indonesia di Stadium Gelora Delta Sidoarjo, malam tadi.