2019-08-05
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin membidas kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) menerusi ketua pegawai eksekutifnya, Izham Ismail, semalam bertajuk 'BALA RM6.4 JUTA' iaitu berkaitan masalah tunggakan gaji pemain.