News Archive: June 2020

FAM KELUARKAN SYOR AMALAN TERBAIK BOLA SEPAK SOSIAL

2020-06-14

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengeluarkan Syor Amalan Terbaik Bola Sepak Sosial/Rekreasi ‘Return to Football’ yang mengandungi garis panduan selaras dengan Tatacara Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dengan adanya Syor Amalan Terbaik ini, FAM menggesa semua pemegang taruh, khususnya penganjur bola sepak sosial, sama ada liga mahupun rekreasi, untuk memastikan SOP pihak Kerajaan Persekutuan dipatuhi.

FAM RETURN TO FOOTBALL

 

Garis Panduan ‘Return to Football’ FAM

2020-06-12

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menyediakan Garis Panduan 'Return to Football’ bagi akademi bola sepak negara selaraskan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dinasihatkan oleh pihak kerajaan sepanjang tahap Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini.

SIARAN MEDIA: FAM SAMBUT BAIK PENGUMUMAN KERAJAAN UNTUK MEMBENARKAN LATIHAN BOLA SEPAK MULAI 15 JUN 2020

2020-06-08

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyambut baik pengumuman kerajaan menerusi perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam yang telah memberi kebenaran untuk latihan persediaan pasukan termasuk bola sepak dijalankan semula dengan syarat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

SIARAN MEDIA: FAM UMUM PEMBATALAN PERTANDINGAN PIALA PRESIDEN, PIALA BELIA & MPFL BAGI MUSIM 2020

2020-06-01

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini secara rasmi mengumumkan pembatalan tiga pertandingan di bawah kelolaannya iaitu Piala Presiden, Piala Belia dan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) bagi musim 2020 ini.

Sebagai badan induk bola sepak negara, FAM mahu memastikan aktiviti dan pertandingan bola sepak dan futsal di peringkat kebangsaan ini dapat diteruskan semula dengan selamat selepas ia ditangguhkan berkuat kuasa pada 16 Mac 2020 berikutan penularan pandemik COVID-19.