Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Makhota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah memuji usaha Akademi Bola Sepak Frenz United menganjur Piala ASEAN FAM-Frenz B-15 2013 yang dianggap sebagai titik permulaan melahirkan pemain hebat.
Kejohanan tersebut bakal disertai 11 negara Asia Tenggara, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Myanmar, Laos, Filipina, Timor Leste, Brunei, Singapura dan Malaysia akan diwakili Akademi Frenz United dan pasukan bawah 15 kebangsaan.