News Archive: May 2016

ONG KIM SWEE SAH SAFIQ TERLEPAS DUA AKSI TIMOR-LESTE

2016-05-31

Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, hari ini membuat keputusan menggugurkan ketua pasukan, Safiq Rahim daripada senarai pemain untuk dua perlawanan Play-Off 1 Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Timor-Leste di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin, 2 dan 6 Jun ini.

 Ia selepas laporan doktor mendapati bahawa pemain tengah berusia 29 tahun yang juga kapten Johor Darul Ta'zim (JDT) itu tidak sempat pulih daripada kecederaannya dalam masa terdekat ini.

AKSI LEBIH BAIK KHAMIS INI - HAMIDIN

2016-05-31

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin menjanjikan aksi yang lebih baik akan ditampilkan skuad kebangsaan, Harimau Malaysia apabila turun berdepan Timor-Leste pada perlawanan pertama Play-Off 1 Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru pada Khamis ini (2 Jun 2016)

SENARAI 27 PEMAIN SKUAD MALAYSIA B-21 KE KEJOHANAN NATIONS CUP 2016 DI MELAKA

2016-05-29

Ketua jurulatih skuad Projek Sukan SEA 2017, Frank Bernhardt mengumumkan senarai akhir 27 pemain yang akan menggalas cabaran Malaysia pada kejohanan bolasepak Nations Cup 2016 di Melaka dari 3 hingga 5 Jun ini.

Enam daripada senarai 33 pemain yang telah menyertai latihan pusat pasukan B-21 negara (bawah 21 tahun) dari 26 Mei hingga 28 Mei lepas telah digugurkan oleh pengendali dari Jerman itu.

PERSAHABATAN ANTARABANGSA "A": MALAYSIA 0-0 MYANMAR

2016-05-29

Skuad kebangsaan, Harimau Malaysia bimbingan jurulatih Datuk Ong Kim Swee meraih keputusan seri 0-0 dengan Myanmar pada perlawanan persahabatan antarabangsa "A' di Stadium Thuwunna, Youth Training Centre (YTC), Yangon, malam tadi.

 Kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan seimbang sepanjang 90 minit permainan dengan Myanmar, ranking ke-167 dunia kendalian jurulatih dari Jerman, Gerd Zeise dan Malaysia, ranking ke-174 masing-masing memiliki peluang terbaik menjaringkan gol.

DAVIES, GOPI CEDERA; MAHALLI TERSENARAI

2016-05-24

Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee terpaksa menggugurkan dua pemain - Matthew Davies dari Pahang dan R Gopinathan dari Selangor kerana kedua-dua pemain berkenaan disahkan tidak dapat pulih daripada kecederaan dalam masa terdekat.

 Sebagai ganti, Kim Swee membuat keputusan untuk memanggil pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Mahalli Jasuli manakala seorang lagi pemain untuk melengkapkan senarai 25 pemain masih dalam pertimbangan sebelum diumum dalam sehari dua ini.

PIALA BELIA: SABAH PINTAS KEDAH, FELDA UNITED JARAK MATA

2016-05-23

Sabah berjaya merampas tangga teratas Kumpulan A daripada Kedah pada perlawanan ke-14 saingan Piala Belia 2016, petang semalam tatkala Felda United kembali meraih mata penuh untuk menjarakkan jurang mata di tangga teratas Kumpulan B.

 Bagi saingan Kumpulan A, Kedah yang dibimbing Roshidi Shaari terpaksa merelakan kedudukan tangga teratas dirampas Sabah selepas mereka tewas 2-1 kepada skuad kendalian Jelius Ating itu pada aksi yang berlangsung di Stadium Mini Jitra.

PIALA FAM: FELCRA FC DIHIMPIT MISC-MIFA, PKNP FC PERTAMA KE SUKU AKHIR

2016-05-22

Felcra FC terus kekal di tangga teratas Kumpulan A meskipun sekadar seri dengan DYS FC tatkala Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) mengekalkan penguasaan dalam saingan Kumpulan B setelah menundukkan Kelab Bolasepak Kadazan Murut Malaysia (KDMM FC).

PIALA PRESIDEN: KELANTAN, TERENGGANU TUMBANG; PERAK HAMBAT T-TEAM

2016-05-20

Dua pasukan teratas Kumpulan A, Kelantan dan Terengganu tewas kepada lawan masing-masing tatkala pendahulu Kumpulan B, T-Team turut tercicir mata untuk kini hanya berkelebihan perbezaan gol dengan Perak selepas perlawanan ke-14 saingan Piala Presiden 2016, petang semalam.

 Bagi saingan Kumpulan A, juara bertahan Kelantan yang dibimbing Hashim Mustapha mengalami kekalahan kedua musim ini selepas tewas 3-1 kepada Kedah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu untuk kekal dengan 32 mata.

SENARAI 24 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT SKUAD B-22 UNTUK KEJOHANAN NATIONS CUP 2016 & KEM LATIHAN DI CHIBA, JEPUN

2016-05-19

Berikut senarai 24 pemain yang dipanggil ketua jurulatih skuad B-22 negara, Frank Bernhardt bagi menghadiri sesi latihan pusat untuk menghadapi kejohanan Nations Cup 2016 dan juga kem latihan luar negara di Chiba, Jepun.

BIL

NAMA

UMUR

ONG KIM SWEE KEKAL 14 PEMAIN, PANGGIL 11 MUKA BAHARU HADAPI MYANMAR, TIMOR LESTE

2016-05-18

Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee pada sidang media bulanan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini mengumumkan senarai nama 25 pemain bagi membarisi skuad Harimau Malaysia menghadapi Myanmar untuk perlawanan antarabangsa "A" di Yangon, 28 Mei ini disusuli dua perlawanan Play-off 1 Kelayakan Piala Asia 2019 menentang Timor-Leste di Larkin, 2 dan 6 Jun ini.