News Archive: March 2017

INTERMEDIARIES REPORT

2017-03-31

FAM have published its own Intermediaries Regulations approved by FAM Executive Committee on 7th November 2016 that came into force starting from December 2016 onwards for the transfer window which began on 1st December 2016.

MALAYSIA AKHIRI KEMPEN PIALA DUBAI 2017 DI TANGGA KE-5

2017-03-29

 Skuad Harimau Malaysia B-22 menamatkan saingan Kejohanan B-23 Piala Dubai 2017 di tangga kelima selepas tumpas 0-4 kepada Jordan pada aksi terakhir di Stadium Police Officers Club, Dubai, malam tadi.

 Jordan bermula garang apabila menjaringkan gol seawal minit ke-2 permainan menerusi Khalid Waleed sebelum Ahmed Fawzi Alreyahi menggandakan jaringan 10 minit sebelum tamat babak pertama.

VIDEO: THE PRESIDENT TRAILER

 

2017-03-28

 

Bagi saya, pergi FAM bukan satu kejayaan tetapi ia adalah satu beban dan tanggungjawab.

*****

KEJOHANAN B-23 PIALA DUBAI 2017: MALAYSIA 3-1 SINGAPURA

2017-03-27

 Skuad Harimau Malaysia B-22 bangkit daripada keputusan tewas kepada Thailand tempoh hari untuk raih kemenangan 3-1 ke atas Singapura pada aksi ketiga Kejohanan B-23 Piala Dubai 2017 di Stadium UAE FA, Dubai, malam tadi.

 Usaha gandingan penyerang, Adam Nor Azlin dan S Kumaahran membuahkan hasil apabila masing-masing meledak satu gol pada minit ke-13 dan 15 bagi membolehkan skuad negara mendahului selesa sebelum Muhaimin Suhaimi merapatkan jurang buat Singapura.

TITAH UCAPAN SULUNG TUNKU ISMAIL SELEPAS SAH MENJADI PRESIDEN FAM YANG BAHARU

2017-03-25

Berikut adalah titah ucapan sulung DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sebelum penutup Kongres Tahunan Ke-53 FAM yang telah berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya, hari ini.

 Tunku Ismail yang bakal genap berusia 33 tahun pada 30 Jun ini telah disahkan menang tanpa bertanding jawatan Presiden FAM bagi penggal 2017-2021 pada kongres hari ini selepas pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa menarik diri, dua hari lalu.

 

KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN JAWATANKUASA EKSEKUTIF FAM 2017-2021 PADA KONGRES KE-53

2017-03-25

Berikut keputusan penuh pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2017-2021 yang telah berlangsung pada Kongres Tahunan Ke-53 FAM di Hotel Hilton Petaling Jaya, hari ini.

 Hanya dua orang ahli Jawatankuasa Eksekutif penggal 2014-2017 kekal berada dalam barisan 17 orang ahli Jawatankuasa Eksekutif yang baharu ini iaitu Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dari jawatan exco sebelum ini ke jawatan timbalan presiden dan Dato' S Sivasundaram dari jawatan exco ke jawatan naib presiden.

 

PERSAHABATAN: FILIPINA 0-0 MALAYSIA

2017-03-23

Skuad kebangsaan, Harimau Malaysia yang kini di ranking ke 161 dunia memulakan aksi sulung tahun 2017 dengan sekali lagi seri 0-0 dengan Filipina, pasukan di kedudukan ke-124 dunia pada perlawanan persahabatan antarabangsa "A" di Stadium Memorial Rizal, Manila, malam tadi.

KEJOHANAN B-23 PIALA DUBAI 2017: THAILAND 4-0 MALAYSIA

2017-03-23

 Skuad Harimau Malaysia B-22 tewas 0-4 kepada Thailand pada aksi kedua Kejohanan B-23 Piala Dubai 2017 di Stadium UAE FA, Dubai, malam tadi.

 Pasukan ‘War Elephants’ membuka tirai jaringan pada minit ke-19 melalui sepakan penalti Sittichok Kannoo selepas dia dijatuhkan dalam kotak penalti oleh penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang turut menerima kad merah.

KEJOHANAN B-23 PIALA DUBAI 2017: CHINA 1-1 MALAYSIA

2017-03-20 

 Skuad B-22 kebangsaan kendalian Frank Bernhardt bangkit pada minit akhir untuk mengikat China 1-1 pada aksi sulung Kejohanan B-23 Piala Dubai 2017 di Stadium Police Officers Club, Dubai, malam tadi.

 Selepas terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama, pasukan China bimbingan Fabrizio Del Rosso terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi sepakan penalti Yao Jun Sheng pada minit ke-69.

PIALA FAM 2017: MOF FC, SAMB FC RAMPAS TANGGA TERATAS

2017-03-20

 MOF FC dan SAMB FC masing-masing berjaya merampas kedudukan teratas saingan Kumpulan A dan B selepas menewaskan Hanelang FC dan Sime Darby FC pada aksi keempat Piala FAM 2017, semalam.