News Archive: December 2017

SENARAI AKHIR 23 PEMAIN KE KEJUARAAN B-23 AFC 2018 DI CHINA

2017-12-29

Berikut senarai akhir 23 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 yang akan berlangsung di Jiangsu, China dari 9 hingga 27 Januari 2018 selepas berakhirnya kem latihan pusat selama dua minggu di Mokpo, Korea Selatan.

 

BIL

NAMA

SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL LELAKI KEBANGSAAN MENJELANG KEJUARAAN FUTSAL AFC 2018 DI CHINESE TAIPEI

2017-12-26

Berikut senarai 20 pemain dipilih ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk menyertai kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Selasa, 2 Januari 2018 bagi persiapan menghadapi Kejuaraan Futsal AFC 2018 di Chinese Taipei dari 1 hingga 11 Februari 2018.

 

BIL

NAMA

UMUR

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM KALI KETIGA PENGGAL 2017-2021 PADA 21 DISEMBER 2017

2017-12-22

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat kali ketiga bagi penggal 2017-2021 pada 21 Disember 2017 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Amirullah Bin Abd Razab terhadap Persatuan Bolasepak Daerah Kuantan (Kuantan FA) berhubung tunggakan gaji

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI KEEMPAT PENGGAL 2017-2021 PADA 20 DISEMBER 2017

2017-12-21

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuarat kali keempat bagi penggal 2017-2021 pada 20 Disember 2017 (Rabu) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Persatuan Bolasepak Pahang

 

SENARAI 26 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-23 KEBANGSAAN DI MOKPO, KOREA SELATAN

2017-12-15

Berikut senarai 26 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk ke kem latihan pusat selama dua minggu di Mokpo, Korea Selatan dari 17 hingga 30 Disember ini sebagai persiapan menghadapi pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 yang akan berlangsung di Jiangsu, China dari 9 hingga 27 Januari 2018.

 

BIL

NAMA

KEJUARAAN FUTSAL AFC 2018: MALAYSIA DIUNDI BERSAMA CHINESE TAIPEI, VIETNAM & BAHRAIN DALAM KUMPULAN A

2017-12-12

Skuad futsal lelaki kebangsaan kendalian Chiew Chun Yong telah diundi berada dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Chinese Taipei, Vietnam dan Bahrain pada majlis undian Kejuaraan Futsal AFC 2018 yang berlangsung di Chinese Taipei, hari ini.

 Ia dilihat peluang terbaik Malaysia menduduki dua tempat teratas kumpulan untuk layak ke peringkat kalah mati iaitu suku akhir buat pertama kali dalam sejarah pada edisi ke-15 kali ini.

SIARAN MEDIA: YAKULT DIUMUM SEBAGAI MINUMAN PROBIOTIK RASMI FAM

2017-12-09

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapat ‘durian runtuh’ apabila menandatangani perjanjian penajaan dengan Yakult Malaysia yang menyaksikan Yakult menjadi minuman probiotik rasmi FAM selama tiga tahun bermula Januari 2018.

Perjanjian ini telah diumumkan oleh Presiden FAM DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan Hiroshi Hamada, Pengarah Urusan Yakult Malaysia di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, hari ini.

TAHNIAH TAN CHENG HOE DILANTIK SEBAGAI KETUA JURULATIH HARIMAU MALAYA YANG BAHARU

2017-12-07

 

Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Cheng Hoe atas perlantikan beliau menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu.

 

Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

 

——

 

FAM TERIMA PELETAKAN JAWATAN NELO VINGADA

2017-12-06

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas merujuk perkara ini kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden FAM telah menerima peletakan jawatan Nelo Vingada sebagai ketua jurulatih kebangsaan.

NELO VINGADA LETAK JAWATAN KETUA JURULATIH KEBANGSAAN

2017-12-06

Selepas mengadakan perbincangan dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya dengan ini bertanggungjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan.

Atas rasa tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku itu, saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta dan Tunku Presiden sendiri turut telah menerima keputusan yang saya buat ini.