News Archive: March 2018

KELAYAKAN PIALA ASIA 2019: LEBANON 2-1 MALAYSIA

2018-03-28

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian ketua jurulatih baharu, Tan Cheng Hoe tidak bernasib baik apabila dibolosi gol pada minit akhir untuk tewas 2-1 kepada Lebanon pada perlawanan terakhir Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Sports City, Beirut, malam tadi.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA FAM - TUNKU ISMAIL

2018-03-25

Setelah peletakan jawatan saya sebagai Presiden, saya syorkan Datuk Wira Yusoff Mahadi dilantik sebagai Pemangku Presiden FAM sehingga kongres ke-64 FAM pada 14 Julai 2018.

Pada pendapat saya, calon paling layak untuk menerajui FAM selepas itu adalah Setiausaha Agung FAM, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin yang telah sekian lama berkhidmat untuk bolasepak tanah air.

PERLAWANAN ANTARABANGSA "A": MALAYSIA 2-2 MONGOLIA

2018-03-23

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan pasukan ranking ke-189 dunia, Mongolia dalam aksi Perlawanan Antarabangsa “A” di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

Malaysia yang kini di ranking ke-178 dunia menghasilkan gol pertama perlawanan menerusi kapten pasukan Mongolia, Turbat Daginaa yang menanduk sepakan penjuru Safawi Rasid ke dalam gol sendiri pada minit ke-31. 

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM KALI KEEMPAT BAGI PENGGAL 2017-2021

2018-03-22

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat kali keeempat bagi penggal 2017-2021 pada 21 Mac 2018 (Rabu) telah mencapai keputusan berikut:

1. Tuntutan dikemukakan oleh jurulatih, Elavarasan a/l Elangowan terhadap Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) berhubung kestabilan kontrak dan tunggakan bayaran

BARISAN EXCO, AHLI GABUNGAN FAM SERTA FIFA & AFC MAHU TUNKU ISMAIL KEKAL PRESIDEN FAM

2018-03-16

Saya sebenarnya turut berasa terkejut selepas membaca kenyataan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, malam tadi yang menyatakan baginda harus meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan ranking skuad Harimau Malaya yang jatuh tiga anak tangga ke kedudukan ke-178 dunia, petang semalam.

SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL WANITA MALAYSIA BERMULA 14 MAC 2018

2018-03-14

Berikut adalah senarai 20 pemain yang dipanggil ketua jurulatih skuad futsal wanita kebangsaan, Addie Azwan Zainal untuk menghadiri kem latihan pusat bermula 14 Mac di Arena Futsal FAM, Wisma FAM, Kelana Jaya bagi persiapan menghadapi Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2018 yang dijadual berlangsung pada 2 hingga 12 Mei 2018 di Bangkok, Thailand.

 

BIL.

SENARAI 26 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-21 KEBANGSAAN BERMULA 18 MAC 2018

2018-03-14

Berikut senarai 26 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk ke kem latihan pusat skuad B-21 kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula dari Ahad ini, 18 Mac hingga 28 Mac 2018.

 

BIL

NAMA

UMUR

SENARAI 29 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA BERMULA 18 MAC 2018

2018-03-13

Berikut senarai 29 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Ahad ini, 18 Mac 2018 bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Mongolia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis, 22 Mac 2018 dan perlawanan terakhir Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon di Stadium Camille Chamoun Sports City, Beirut pada Selasa, 27 Mac 2018.

 

KEJUARAAN FUTSAL WANITA AFC 2018: MALAYSIA DIUNDI BERSAMA VIETNAM, CHINESE TAIPEI & BANGLADESH

2018-03-06

Skuad futsal wanita kebangsaan yang kini di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Addie Azwan Zainal telah diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam, Chinese Taipei dan Bangladesh bagi Kejuaraan Futsal Wanita AFC 2018 di Bangkok, Thailand dari 2 hingga 12 Mei depan.