News Archive: February 2019

SENARAI 29 PEMAIN KE KEM LATIHAN & PEMILIHAN PUSAT SKUAD B-19 KEBANGSAAN BERMULA 1 MAC 2019 MENJELANG KEJOHANAN SANIX CUP 2019 DI FUKUOKA, JEPUN

2019-02-26

Berikut senarai 29 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-19 kebangsaan, Bojan Hodak untuk ke sesi latihan dan pemilihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula Jumaat ini, 1 Mac 2019 sebagai persiapan dan persediaan awal bagi menghadapi Kejohanan Sanix Cup 2019 di Fukuoka, Jepun yang dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 21 Mac 2019.

SIARAN MEDIA: KEJOHANAN SULUNG PIALA AIRMARINE BERI PELUANG LONJAKKAN RANKING PASUKAN KEBANGSAAN

2019-02-25

AIRMARINE (MALAYSIA) SDN. BHD, yang merupakan sebuah syarikat logistik terkemuka telah tampil ke hadapan untuk merancakkan saingan bolasepak membabitkan pasukan kebangsaan dengan memperkenalkan kejohanan Piala AIRMARINE yang akan berlangsung pada 20 dan 23 Mac di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kejohanan edisi sulung ini akan menampilkan Malaysia selaku tuan rumah, Singapura, Oman dan juga Solomon Islands yang akan berentap pada kejohanan yang diadakan pada kalendar perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

FIFA ANGGAP MPFL PENANDA ARAS TERBAIK

2019-02-19 KELANA JAYA: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menekankan peruntukan dana adalah aspek penting dalam Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) - liga profesional futsal Malaysia yang pertama dilancarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Ahad lalu. "Sememangnya bukan mudah untuk memulakan liga baharu, kita perlukan pengetahuan dan organisasi yang utuh di mana FAM sudah kecapinya pada tahun-tahun lepas. "Apa yang penting ialah aspek peruntukan dana untuk memastikan ia kekal mampan terutama dalam sudut pembangunan.

AFC SAMBUT BAIK MPFL, PUJI LANGKAH FAM PERKASA FUTSAL

2019-02-18 KELANA JAYA: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memuji langkah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melancarkan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), semalam, namun mengingatkan bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baharu. Ketua Unit Pertandingan Futsal & Bolasepak Pantai AFC, Brian Johnson berkata, sesuatu yang baharu sememangnya akan menempah laluan yg sukar tetapi FAM perlu mengekalkan inisiatif ini. "Sememangnya bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baharu.

MAJLIS PERASMIAN & PELANCARAN LOGO RASMI LIGA PREMIER FUTSAL MALAYSIA (MPFL) 2019

2019-02-18

Majlis memperkenalkan saingan liga futsal profesional kebangsaan yang julung kalinya dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ini telah berlangsung semalam di Hotel Concorde, Shah Alam.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin bersama-sama Naib Presiden FAM, Datuk Rosmadi Haji Ismail selaku Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bolasepak Pantai FAM dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.

SENARAI 23 PEMAIN KE PIALA LG B-22 AFF 2019 DI PHNOM PENH, KEMBOJA

2019-02-18

Berikut senarai akhir 23 pemain dibawa ketua jurulatih B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk membawa cabaran Malaysia pada Piala LG B-22 AFF 2019 (nama baharu bagi Kejuaraan B-22 AFF 2019) di Phnom Penh, Kemboja dari 17 hingga 26 Februari 2019.

 

BIL

NAMA

UMUR

SENARAI 14 PEMAIN KE SESI PEMILIHAN SKUAD BOLA SEPAK WANITA KEBANGSAAN MENJELANG KEJUARAAN WANITA AFF 2019 DAN SUKAN SEA 2019

2019-02-12

Berikut senarai 14 pemain dipilih ketua jurulatih skuad bola sepak wanita kebangsaan, Jacob Joseph untuk menghadiri sesi pemilihan di Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya dari 12 hingga 18 Februari 2019.

Ia sebagai persiapan untuk menghadapai Kejuaraan Wanita AFF 2019 yang bakal berlangsung pada bulan Ogos ini dan Sukan SEA 2019 yang dijadual berlangsung Disember 2019.

 

SENARAI 21 PEMAIN KE SESI PEMILIHAN DAN KEM LATIHAN PUSAT SKUAD BOLA SEPAK WANITA B-19 KEBANGSAAN MENJELANG KEJOHANAN BOLA SEPAK WANITA JENESYS 2018 DI JEPUN

2019-02-12

Berikut senarai 21 pemain dipilih ketua jurulatih skuad bola sepak wanita B-19 kebangsaan, Jacob Joseph untuk ke sesi pemilihan dan kem latihan pusat menjelang Kejohanan Bola Sepak Wanita Jenesys 2018 di Okinawa, Jepun yang akan berlangsung dari 27 Februari hingga 7 Mac 2019.

 

No

NAMA

SIARAN MEDIA: PENJELASAN ISU PENGADIL PERLAWANAN LIGA SUPER 2019, PERAK LWN KEDAH

2019-02-09

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin memberi penjelasan berhubung isu membabitkan pengadil ketika perlawanan Liga Super 2019, Perak bertemu Kedah di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM KALI KE-10 BAGI PENGGAL 2017-2021

2019-02-08

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat kali ke-10 bagi penggal 2017-2021 pada 1 Februari 2019 (Jumaat) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Tuntutan dikemukakan oleh 6 pemain terhadap Felda United FC berhubung tunggakan gaji dan bayaran-bayaran lain