News Archive: May 2019

FAM BERI TAWARAN PROMOSI ‘BELI 1 PERCUMA 1’ TIKET BAGI PERLAWANAN HARIMAU MALAYA LWN TIMOR-LESTE

2019-05-28

Bersempena perlawanan timbal balik Pusingan 1 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Timor-Leste di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 7 dan 11 Jun ini yang jatuh pada Hari Raya Ketiga dan Hari Raya Ketujuh, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berbesar hati untuk memberikan tawaran promosi 'Beli 1 Percuma 1' bagi tiket kedua-dua perlawanan tersebut.

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM KALI KE-11 BAGI PENGGAL 2017-2021

2019-05-29

 

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat kali ke-11 bagi penggal 2017-2021 pada 23 Mei 2019 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Tuntutan dikemukakan oleh 1 pegawai terhadap Felda United FC berhubung tunggakan baki pembayaran “signing fees” dan tunggakan elaun perumahan

SENARAI 26 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA MENJELANG PUSINGAN 1 KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022/PIALA ASIA 2023

2019-05-16

Berikut senarai nama 26 pemain dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Isnin, 27 Mei 2019 bagi persiapan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Nepal di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 2 Jun 2019 dan seterusnya perlawanan timbal balik Pusingan 1 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Timor-Leste di stadium sama pada 7 dan 11 Jun 2019.

 

SENARAI 32 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-18 KEBANGSAAN BERMULA 14 MEI 2019 MENJELANG KEJUARAAN B-18 AFF 2019 DI VIETNAM

2019-05-09

Berikut senarai 32 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-18 kebangsaan, Bojan Hodak untuk ke kem latihan pusat bermula Selasa depan, 14 Mei 2019 sebagai persiapan dan persediaan awal bagi menghadapi Kejuaraan B-18 AFF 2019 di Vietnam yang dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 18 Ogos 2019.

Skuad kendalian Bojan Hodak itu akan berlatih selama sebelas (11) hari di Padang Latihan Sime Darby, Bukit Jelutong, dari 14 hingga 24 Mei 2019.

 

SIARAN MEDIA: PELANCARAN PIAGAM SUPARIMAU FAM

2019-05-04

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini melancarkan piagam akar umbi yang dinamakan PIAGAM SUPARIMAU FAM bagi menempah laluan lebih baik dan memastikan bola sepak di semua peringkat di negara ini semakin berkembang.

Merupakan salah satu daripada usaha yang konsisten dijalankan FAM sejajar dengan Peta Hala Tuju F: 30 2019-2030, Piagam SUPARIMAU FAM ini adalah untuk setiap Kelab Bola Sepak Komuniti & Rekreasi serta mana-mana Akademi Bola Sepak yang ingin berada di landasan yang tepat dalam peringkat bola sepak akar umbi.