News Archive: July 2019

SIARAN MEDIA: LAPORAN KEDUA ROADMAP F:30 FAM

2019-07-26

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan laporan kedua Peta Hala Tuju atau Roadmap FAM 2019-2030 yang dinamakan F:30 bagi tempoh suku kedua tahun 2019 iaitu April hingga Jun 2019.

Untuk makluman, F:30 telah dilancarkan secara bersama oleh Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino; Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa dan Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin di Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2018.

SIARAN MEDIA: PENGGANTUNGAN RENAN ALVES ADALAH MENGIKUT KOD TATATERTIB FAM

2019-07-25

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin menjelaskan bahawa pemain import Kedah, Renan Alves tetap perlu menjalani penggantungan satu perlawanan yang telah ditetapkan mengikut Kod Tatatertib FAM, sekali gus tidak boleh beraksi pada Final Shopee Piala FA 2019 menentang Perak di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini (27 Julai 2019).

SIARAN MEDIA: FAM UMUM NAMA PENGADIL JEPUN UNTUK FINAL SHOPEE PIALA FA 2019

2019-07-25

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan bahawa Takuto Okabe, pengadil berusia 38 tahun dari Jepun akan mengadili Final Shopee Piala FA 2019, Perak lwn Kedah di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini (27 Julai 2019).

Okabe akan dibantu oleh dua Penolong Pengadil yang juga dari Jepun iaitu Akane Yagi, 45, dan Osamu Nomura, 30.

SENARAI 15 PEMAIN SKUAD B-12 KEBANGSAAN KE HANGZHOU, CHINA BAGI PIALA SOONG CHING LING 2019

2019-07-24

Berikut senarai 15 pemain yang dipanggil untuk melapor diri kepada ketua jurulatih skuad B-12 kebangsaan, Saad Ichalalene untuk ke Hangzhou, China bagi Piala Soong Ching Ling 2019 yang akan bermula dari 3 hingga 6 Ogos 2019.

 

BIL

NAMA

UMUR

NEGERI

SENARAI AKHIR 23 PEMAIN SKUAD B-15 KEBANGSAAN KE CHONBURI, THAILAND BAGI KEJUARAAN B-15 AFF 2019

2019-07-23

Berikut senarai akhir 23 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-15 kebangsaan, P. Maniam untuk ke Chonburi, Thailand bagi Kejuaraan B-15 AFF 2019 yang akan bermula dari 26 Julai hingga 10 Ogos 2019.

 

BIL

NAMA

UMUR

POSISI

SIARAN MEDIA: PULAU PINANG DIPOTONG ENAM MATA LIGA PREMIER SELEPAS GAGAL IKUT ARAHAN FIFA

2019-07-21

Saingan Liga Premier 2019 melabuhkan tirainya malam tadi dengan kesemua 11 pasukan masing-masing telah pun menamatkan 20 perlawanan mereka musim ini.

Jika mengikut kiraan mata, Pulau Pinang berjaya menamatkan kedudukan di tangga ketiga berkongsi 30 mata dengan PDRM di tangga keempat, berdasarkan kelebihan perbezaan gol.

SENARAI AKHIR 25 PEMAIN SKUAD B-15 KEBANGSAAN KE HAIKOU CITY, CHINA BAGI MENYERTAI KEJUARAAN CFA B-15 INTERNATIONAL TOURNAMENT

2019-07-15

Berikut senarai akhir 25 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-15 kebangsaan, P. Maniam untuk ke Haikou City, China bagi menyertai Kejuaraan CFA B-15 International Tournament yang akan berlangsung dari 16 hingga 23 Julai 2019.

Ia sebagai persiapan bagi menghadapi Kejuaraan B-15 AFF 2019 yang bermula dari 24 Julai hingga 10 Ogos 2019 di Chonburi, Thailand.

SENARAI 34 PEMAIN KE KEM LATIHAN & PEMILIHAN PUSAT SKUAD B-18 KEBANGSAAN BERMULA 20 JULAI 2019 MENJELANG KEJUARAAN B-18 AFF 2019 DI VIETNAM

2019-07-15

Berikut senarai 34 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-18 kebangsaan, Brad Maloney untuk ke kem latihan dan pemilihan pusat bermula Sabtu depan, 20 Julai 2019 sebagai persiapan dan persediaan awal bagi menghadapi Kejuaraan B-18 AFF 2019 di Vietnam yang dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 19 Ogos 2019.

 

BIL

NAMA

UMUR

DATO’ HAJI HAMIDIN BIN HAJI MOHD AMIN – SETAHUN SEBAGAI PRESIDEN FAM; SETAHUN YANG SARAT DENGAN IDEA BAHARU, PADAT DENGAN PELBAGAI PROJEK

2019-07-14

Hari ini 14 Julai, 2019, genap setahun pentadbiran Dato’ Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin selaku presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sejak Dato’ Haji Hamidin dipilih sebagai Presiden FAM pada 14 Julai 2018, FAM dengan digerakkan oleh urus setia agung, telah merakam beberapa peristiwa penting sama ada di luar atau dalam padang.

KONGRES TAHUNAN FAM KALI KE-55 | SABTU, 13 JULAI 2019

2019-07-13

Kongres Tahunan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Kali Ke-55 telah berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya, hari ini dengan dihadiri barisan ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM bersama-sama 39 orang perwakilan dari 20 ahli gabungannya.

Ia telah dipengerusikan oleh Presiden FAM, Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin.