News Archive: September 2020

SIARAN MEDIA: PTSR 2020 TERPAKSA DITANGGUHKAN; AKSI BOLA SEPAK WANITA AKAN KEMBALI PADA 2021

2020-09-28

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan dukacitanya ingin mengumumkan bahawa pertandingan bola sepak wanita kebangsaan, Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2020 terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang lain pada 2021.

SIARAN MEDIA: 12 PASUKAN SUDAH MELENGKAPKAN PROSES PENSWASTAAN FC

2020-09-23

Dengan berbaki tujuh hari saja lagi sebelum tarikh akhir 30 September 2020, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin mengumumkan bahawa 12 pasukan sudah pun berjaya melengkapkan penswastaan kelab bola sepak (FC) masing-masing yang turut merangkumi proses pemisahan dari persatuan bola sepak (FA) ke FC.

SIARAN MEDIA: TUDUHAN PBNP TERHADAP FAM BERHUBUNG KES SUMAREH ADALAH TIDAK BERASAS

2020-09-22

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin menjelaskan bahawa tuduhan yang telah dibuat oleh Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) terhadap persatuan ini berhubung kes pemain, Mohamadou Sumareh adalah tidak berasas.

Kenyataan rasmi daripada PBNP yang telah dikeluarkan pada hari ini dengan menyifatkan FAM sebagai tiada kecenderungan dan tidak menunjukkan minat untuk mencari penyelesaian kemelut ini sama sekali adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

SIARAN MEDIA: FAM SUSUN SEMULA PERANCANGAN PASUKAN SELEPAS KEJUARAAN B-19 AFC 2020 DITANGGUH

2020-09-11

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) secara rasminya dimaklumkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bahawa Kejuaraan B-19 AFC 2020 yang sepatutnya berlangsung di Uzbekistan dari 14 hingga 31 Oktober 2020 telah ditangguhkan ke awal tahun 2021.

Keputusan tersebut dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AFC yang berlangsung secara maya, petang semalam yang turut dihadiri Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin selaku salah seorang Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC.