News Archive: February 2021

SIARAN MEDIA: SENARAI RASMI NAMA CALON YANG LAYAK BERTANDING PADA PEMILIHAN JAWATANKUASA EKSEKUTIF FAM 2021-2025

2021-02-27

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan senarai rasmi nama 27 orang calon yang layak bertanding untuk pemilihan yang akan berlangsung pada Kongres FAM Ke-57 pada 13 Mac 2021 bagi mengisi 17 kerusi dalam Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2021-2025.

FAM HARGAI DUKUNGAN PERDANA MENTERI

2021-02-19

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini menghulurkan sekalung penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, yang mendukung hasrat keluarga bola sepak negara untuk bangkit semula susulan impak COVID-19.

FAM KONGSI AGENDA TERKINI DENGAN YAB PERDANA MENTERI

2021-02-18

Delegasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat  Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, bagi berkongsi agenda terkini dalam merencanakan hala tuju industri bola sepak tempatan.

FAM SELESAI TERIMA PENCALONAN BAGI PEMILIHAN JAWATANKUASA EKSEKUTIF FAM 2021-2025 DARIPADA KESEMUA 20 AHLI GABUNGAN

2021-02-12

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin mengumumkan bahawa kesemua 20 ahli gabungannya telah selesai menghantar borang pencalonan masing-masing bagi Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM 2021-2025 sebelum tarikh akhir pada Khamis, 11 Februari 2021 iaitu sebelum jam 5.30 petang semalam.

FAM KENDALI SIRI WEBINAR BERKENAAN TREND TERKINI & PEMBANGUNAN BOLA SEPAK BELIA DI MALAYSIA

2021-02-09

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi jabatan teknikalnya telah mengambil inisiatif untuk mengadakan tiga siri webinar secara dalam talian bagi membincangkan hala tuju bola sepak belia di Malaysia dalam situasi pandemik COVID-19 yang masih berterusan di negara ini.