2021-03-31
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan telah menjalinkan kerjasama bersama syarikat multinasional Jepun, Casio bermula 1 Mac 2021 sehingga 28 Februari 2022.
Perjanjian penajaan itu telah ditandatangani di antara Pengedar Rasmi Casio Malaysia, Pengarah Eksekutif Marco Corporation, Encik Ong Sim Jeng dan Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.