News Archive: April 2022

SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL LELAKI KEBANGSAAN MENJELANG SUKAN SEA 2021 DI VIETNAM

2022-04-20

Berikut senarai nama 20 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong bagi menyertai kem latihan pusat bermula Jumaat, 29 April 2022 sebagai persiapan menjelang saingan Sukan SEA 2021 di Vietnam dari 11 hingga 20 Mei 2022 yang mana Malaysia akan berdepan empat pasukan lain iaitu Thailand, Vietnam, Indonesia dan Myanmar.

 

BIL

SENARAI PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FAM ERIMAU MENJELANG SUKAN SEA 2021 DI VIETNAM

2022-04-19

Berikut senarai nama empat pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad FAM eRimau kebangsaan, Ahmad Akmal Abdul Rafil (AkmalJHD) bagi menyertai kem latihan pusat bermula Isnin, 25 April 2022 sebagai persiapan menjelang saingan Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam dari 13 hingga 15 Mei 2022 bagi pertandingan FIFA ONLINE 4.

 

BIL

SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL WANITA KEBANGSAAN MENJELANG SUKAN SEA 2021 DI VIETNAM

2022-04-18

Berikut senarai nama 20 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih futsal wanita kebangsaan, Jamhuri Zainuddin bagi menyertai kem latihan pusat bermula Sabtu, 23 April 2022 sebagai persiapan menjelang saingan Sukan SEA 2021 di Vietnam dari 10 hingga 19 Mei 2022 yang mana Malaysia akan berdepan empat pasukan lain iaitu Thailand, Vietnam, Myanmar dan Indonesia.

 

SENARAI 31 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD B-23 KEBANGSAAN MENJELANG SUKAN SEA 2021 DI VIETNAM

2022-04-16

Berikut senarai nama 31 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Brad Maloney bagi menyertai kem latihan pusat bermula Selasa, 19 April 2022 sebagai persiapan menjelang saingan Sukan SEA 2021 di Vietnam dari 6 hingga 22 Mei 2022 yang mana Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand, Kemboja, Singapura dan Laos.

 

BIL

SIARAN MEDIA: MYANMAR, HONG KONG PENTAS UJIAN HARIMAU MALAYA MENJELANG KELAYAKAN PIALA ASIA 2023

2022-04-12

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya akan berdepan Myanmar pada 27 Mei 2022 dan Hong Kong pada 1 Jun 2022 bagi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 sebagai persiapan menjelang tiga aksi Kumpulan E, Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 dari 8 hingga 14 Jun 2022.

SIARAN MEDIA: LAPORAN PRESTASI PENGADIL BAGI HARI PERLAWANAN 3 LIGA SUPER 2022

2022-04-08

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat tindakan awal berhubung beberapa insiden membabitkan pengadil sepanjang Hari Perlawanan 3 Liga Super 2022 yang telah berlangsung pada Selasa, 5 April 2022 dan Rabu, 6 April 2022.

 

1. Perlawanan Negeri Sembilan FC lwn Selangor FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Selasa, 5 April 2022