News Archive: December 2015

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM PADA 30 DISEMBER 2015

2015-12-30

1.    Tindakan penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim menceroboh masuk ke dalam padang permainan selepas perlawanan Liga Super 2015 antara pasukan KL Felda United FC menentang pasukan Johor Darul Ta’zim di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 22 Ogos 2015.

·         Persatuan Bolasepak Negeri Johor (Pasukan Johor Darul Ta’zim) telah didapati bersalah kerana melanggar ‘Artikel 70 para 2 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Tanggungjawab bagi kelakuan penonton’ dan dikenakan hukuman berikut:

MALAYSIA LAYAK KE SUKU AKHIR KEJOHANAN ASEAN DREAM B-14 2015

2015-12-22

Malaysia berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir Kejohanan ASEAN Dream B-14 2015 setelah mengakhiri saingan Kumpulan A dengan keputusan tewas tipis 1-2 kepada pasukan dari Jepun, Nagoya Grampus FC.

Terdahulu pada tiga perlawanan sebelum ini, skuad B-14 negara kendalian jurulatih Richard Scully membelasah Albirex Niigata 4-0, membenam Port FC 5-0 dan menumpaskan Osotspa FC 3-0.

Pasukan B-14 kebangsaan dijadualkan bakal bertemu Montedio Yamagata pada aksi suku akhir pada hari esok, 2.20 petang (waktu Malaysia).

SENARAI PEMENANG ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2015

2015-12-19

Berikut senarai pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, malam tadi:

1. Pemain Paling Bernilai 2015

SAFIQ RAHIM (JDT)

 

2. Anugerah Khas 2015

JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT)

 

3. Penyerang Terbaik 2015

AMRI YAHYAH (JDT)

 

4. Pemain Tengah Terbaik 2015

SAFIQ RAHIM (JDT)

 

5. Pertahanan Terbaik 2015

AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK (JDT)

 

6. Penjaga Gol Terbaik 2015

FARIZAL MARLIAS (JDT)

 

MALAYSIA SERTAI KEJOHANAN ASEAN DREAM B-14 2015

2015-12-17

Skuad B-14 Malaysia kendalian jurulatih Richard Scully akan berlepas ke Bangkok, Thailand pada Sabtu ini untuk menyertai kejohanan ASEAN Dream B-14 2015 dari 20 hingga 25 Disember ini.

Kejohanan disertai 20 pasukan terdiri daripada enam kelab dari Jepun, 12 kelab dari Thailand serta dua pasukan dari ASEAN - Malaysia B-14 dan PVF Vietnam ini akan berlangsung di Padang Latihan Muangthong United di Bangkok.