News Archive: April 2016

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM, 28 APRIL 2016

2016-04-29

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 28 April 2016 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

PIALA PRESIDEN: KELANTAN, T-TEAM TAMAT PUSINGAN PERTAMA DI TANGGA TERATAS

2016-04-29

Juara bertahan, Kelantan dan T-Team terus mencatat kemenangan pada perlawanan kesembilan Piala Presiden 2016, petang semalam untuk kekal sebagai peneraju tangga teratas Kumpulan A dan B berakhir saingan pusingan pertama.

 Bagi Kumpulan A, Kelantan kendalian Hashim Mustapha berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang pusingan pertama selepas menewaskan Felda United 2-0 di Stadium Mini USIM, Nilai untuk mengumpul 23 mata hasil tujuh menang, dua seri dan belum tewas.

SENARAI 28 PEMAIN KE LATIHAN PEMILIHAN PUSAT PERTAMA SKUAD B-19

2016-04-27

Berikut senarai 28 pemain yang dipanggil Frank Bernhardt untuk menghadiri sesi latihan pemilihan pusat pertama skuad bawah 19 tahun (B-19) di Wisma FAM, Kelana Jaya dari 20 hingga 22 Mei 2016 sebagai persiapan awal menjelang Kejohanan AFF B-19 2016 yang bakal berlangsung di Hanoi, Vietnam dari 11 hingga 24 September 2016 ini.

SENARAI 25 PEMAIN KE LATIHAN PEMILIHAN PUSAT KETIGA SKUAD PROJEK SUKAN SEA 2017

2016-04-26

Berikut senarai 25 pemain yang dipanggil ketua jurulatih skuad B-22 negara, Frank Bernhardt untuk menghadiri sesi latihan pemilihan pusat ketiga skuad Projek Sukan SEA 2017 di Wisma FAM, Kelana Jaya dari 7 hingga 9 Mei 2016.

BIL

NAMA

UMUR

PIALA FAM: FELCRA FC KEMBALI TERAJUI CARTA

2016-04-25

Felcra FC berjaya bangkit daripada kekalahan kepada MISC-MIFA, Rabu lepas untuk menumpaskan Persatuan Bolasepak Ipoh 2-0 di Stadium Hang Tuah, Melaka, semalam dan sekali gus kembali menerajui carta Kumpulan A saingan Piala FAM.

PIALA BELIA: SABAH, SSMP B-16 HIMPIT KEDAH, FELDA UNITED

2016-04-25

Pendahulu kumpulan, Kedah dan Felda United tercicir mata pada perlawanan kesembilan Piala Belia 2016, petang semalam, sekali gus membolehkan pencabar terdekat kedua-dua kumpulan, Sabah dan Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-16 merapatkan jurang mata.

SETIAUSAHA AGUNG FAM MENZIARAHI KELUARGA MARCO STEFAN PETROVSKI DI HOSPITAL MELAKA

2016-04-22

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin, hari ini telah menziarahi keluarga penjaga gol Melaka United, Marco Stefan Petrovski di Hospital Melaka.

Pemain berdarah campuran Malaysia-Australia itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut setelah dipanah petir ketika menjalani latihan di Krubong, Melaka, 5 April lalu.

PIALA PRESIDEN: KELANTAN KEKAL UNGGUL, T-TEAM JARAK MATA

2016-04-22 

Juara bertahan, Kelantan mengekalkan rentak kemenangan untuk terus menguasai tangga teratas Kumpulan A tatkala T-Team mula menjarakkan kedudukan selaku pendahulu Kumpulan B selepas perlawanan kelapan Piala Presiden 2016, petang semalam.

 Bagi saingan Kumpulan A, Kelantan yang dikemudi jurulatih Hashim Mustapha terus cemerlang dengan rekod tanpa kalah apabila meraih kemenangan keenam menewaskan Sarawak 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

LAWATAN KERJA NFABD KE WISMA FAM

2016-04-21 

Persatuan Bolasepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) telah mengadakan lawatan kerja sehari ke Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

 Lawatan berkenaan diketuai Pemangku Timbalan Presiden NFABD, Awang Haji Madli Haji Mohd Yusof; Pemangku Setiausaha Agung NFABD, Pengiran Mohd Amirrizal Pengiran Haji Mahmud serta sembilan ahli Jawatankuasa Eksekutif NFABD.

PIALA BELIA: KEDAH, FELDA UNITED KEKAL REKOD TANPA KALAH

2016-04-21

Kedah dan Felda United meneruskan rentak kemenangan selepas berjaya menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan kelapan Piala Belia 2016, petang semalam untuk kedua-dua pasukan itu kekal tanpa kalah setakat ini.

 Bagi saingan Kumpulan A, Kedah yang dibimbing Roshidi Shaari berjaya mencuri tiga mata penuh dari gelanggang lawan selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sarawak di Stadium Negeri, Kuching.