News Archive: April 2016

PREVIU AKSI SEPARUH AKHIR PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2016

2016-04-14

SABAH LWN KEDAH

Sabah merupakan satu-satunya pasukan yang mempunyai rekod kemenangan sempurna pada saingan peringkat kumpulan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2016 dengan jaringan sebanyak 27 gol dan hanya bolos 1 gol daripada lima perlawanan.

HARI 5: PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2016

2016-04-12

Pasukan Sarawak dan Kedah berjaya menempah tiket separuh akhir pada aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2016 di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Di bawah kendalian jurulatih Mohammad Mantali, Sarawak berjaya bangkit dari keputusan seri menentang ATM semalam untuk melakar kemenangan selesa 5-1 ke atas pasukan pencabar, Negeri Sembilan di Padang 3, petang tadi dan sekaligus layak ke peringkat separuh akhir selaku naib juara Kumpulan A dengan 8 mata.

HARI 4: PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2016

2016-04-11

Juara bertahan, MISC  dan naib juara, Sabah melangkah ke pusingan separuh akhir pada hari keempat saingan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2016 di Universiti Utara Malaysia (UUM) walaupun masih berbaki satu perlawanan.

PIALA FAM: MISC-MIFA RAMPAS TERAJU, PKNP FC TERUS KUASAI CARTA

2016-04-11

MISC-MIFA merampas tangga teratas Kumpulan A tatkala Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) kekal mendahului saingan Kumpulan B selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi keenam Piala FAM 2016, semalam.

Di Stadium Mini USIM, Nilai, MISC-MIFA mencatat kemenangan 6-3 ke atas pasukan baharu, DYS FC untuk kini menghuni tempat teratas Kumpulan A dengan jumlah mata yang sama dengan pendahulu sebelum ini, Felcra FC.

PIALA BELIA: KEDAH, FELDA UNITED KEKAL DI PUNCAK

2016-04-11

Kedah dan Felda United meneruskan kecemerlangan dengan meraih kemenangan ke atas lawan masing-masing untuk kekal di tangga teratas Kumpulan A dan B selepas perlawanan keenam Piala Belia 2016, petang semalam.

 Bagi saingan Kumpulan A, Kedah yang dibimbing jurulatih Roshidi Shaari meraih kemenangan kelima musim ini selepas berjaya menewaskan Pulau Pinang 2-0 di Stadium Mini Jitra untuk kini mengumpul 16 mata dan kekal tanpa kalah.

HARI 3: PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2016

2016-04-09 

Sabah dan MISC mengekalkan rekod kemenangan seratus peratus pada hari ketiga saingan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2016 di Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk terus menerajui tangga teratas Kumpulan A dan B.

Bagi saingan Kumpulan A, Sabah bimbingan Smith M Ampuling menumpaskan ATM 2-0 di Padang 2, pagi tadi untuk kini mengumpul sembilan mata maksimum menerusi jaringan Nurul Azurin Mazlan pada minit ke-36 dan Usliza Usman pada minit ke-61.

HARI 2: PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2016

2016-04-08

Aksi hari kedua Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2016 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok hari ini menyaksikan Sabah meneruskan rentak kemenangan untuk mendahului Kumpulan A tatkala MISC merampas tangga teratas Kumpulan B selepas menewaskan lawan masing-masing.

PIALA PRESIDEN: KELANTAN PINTAS KEDAH, T-TEAM KEKAL TERATAS

2016-04-08

Juara bertahan, Kelantan kembali merampas tangga teratas Kumpulan A daripada Kedah manakala T-Team kekal menerajui Kumpulan B selepas meraih kemenangan pada perlawanan kelima Piala Presiden 2016, petang semalam.

 Kelantan kendalian Hashim Mustapha yang dipintas kedudukan teratas mereka oleh Kedah minggu lalu berjaya menewaskan lawan berkenaan 1-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar untuk kembali teratas dengan 11 mata, satu mata mengatasi Kedah yang dibimbing Ian Gillan.

PLAY-OFF 1: MALAYSIA DIUNDI JUMPA TIMOR-LESTE

2016-04-07 

Skuad kebangsaan, Harimau Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee diundi bertemu Timor-Leste untuk perlawanan Play-off 1 Kelayakan Piala Asia 2019 yang akan dilangsungkan secara timbal balik di tempat sendiri pada 2 Jun dan di tempat lawan pada 7 Jun 2016.

HARI 1: PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2016

2016-04-07 

Aksi pembuka tirai Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2016 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok hari ini menyaksikan pasukan naib juara, Sabah dan pasukan baharu, Kuala Lumpur menerajui saingan kumpulan masing-masing.

Skuad Sabah kendalian ketua jurulatih Smith M. Ampuling bermula garang apabila membelasah Negeri Sembilan 6-0 di Padang 1 untuk mendahului saingan Kumpulan A, pagi tadi.