News Archive: June 2016

PERSAHABATAN: FIJI 1-1 MALAYSIA

2016-06-26 

Skuad kebangsaan, Harimau Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee mencatat keputusan seri 1-1 dengan Fiji pada perlawanan persahabatan antarabangsa "A" terakhir dalam siri Jelajah Oceania 2016 di Prince Charles Park, Nadi, Fiji, petang tadi.

 Biarpun skuad Harimau Malaysia berjaya mendahului menerusi penyudah kemas Amri Yahyah hasil hantaran S Chanthuru pada minit ke-41, Fiji kendalian Frank Farina berjaya juga menyamakan kedudukan menerusi rembatan Roy Krishna pada minit ke-72.

PERSAHABATAN: NEW CALEDONIA 1-2 MALAYSIA

2016-06-22

Skuad kebangsaan, Harimau Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee berjaya mencatat kemenangan sulung dalam siri Jelajah Oceania 2016 selepas menewaskan New Caledonia 2-1 pada perlawanan persahabatan antarabangsa "A" di Stade Numa Daly, Noumea, malam tadi.

PERSAHABATAN: SHONAN BELLMARE 1-0 MALAYSIA B-22

2016-06-22

Skuad Harimau Malaysia B-22 kendalian Frank Bernhardt menamatkan aksi siri perlawanan persahabatan di Jepun dengan kekalahan tipis 0-1 kepada Shonan Bellmare di Padang Latihan Shonan Bellmare, Kanagawa, semalam.

Bernhardt membuat beberapa perubahan kepada kesebelasan utama yang telah meraih keputusan seri 3-3 dengan pasukan Liga Divisyen 2 Jepun (J2), Machida Zelvia FC tempoh hari dengan menurunkan Amierul Hakimi Awang, Zulkhairi Zulkeply, Irfan Zakaria dan Safawi Rasid.

PERSAHABATAN: MACHIDA ZELVIA FC 3-3 MALAYSIA B-22

2016-06-20

Skuad Harimau Malaysia B-22 kendalian ketua jurulatih, Frank Bernhardt meraih keputusan seri 3-3 pada aksi persahabatan sulung menentang Machida Zelvia FC di Stadium Atletik Machida, Tokyo, pagi tadi.

Ryuto Otake terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-4 untuk meletakkan pasukan Liga Divisyen 2 Jepun itu di hadapan.

PERSAHABATAN: PAPUA NEW GUINEA 2-0 MALAYSIA

2016-06-17

Skuad kebangsaan, Harimau Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee gagal mencatat kemenangan sulung dalam siri Jelajah Oceania 2016 selepas tewas 2-0 Papua New Guinea pada perlawanan persahabatan antarabangsa "A" di Stadium Sir John Guise, Port Moresby, petang tadi.

 Tuan rumah yang dibimbing jurulatih berusia 69 tahun dari Denmark, Flemming Serritslev berjaya memperoleh dua gol berkenaan menerusi pemain sayap kiri, Tommy Semmy pada minit ke-35 dan 42.

TIGA HARI LATIHAN TAKTIKAL - KIM SWEE

2016-06-15

Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee menggunakan sepenuhnya tiga sesi latihan di Brisbane, Australia bagi memperkemas taktikal dan corak permainan skuad Harimau Malaysia menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa "A" pertama dalam siri Jelajah Oceania 2016 bertemu Papua New Guinea (PNG) di Port Moresby, Jumaat ini (17 Jun).

ONG KIM SWEE KEKAL 24 PEMAIN KE JELAJAH OCEANIA 2016

2016-06-11

Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengekalkan kesemua 24 pemain yang menganggotai skuad Harimau Malaysia ketika dua aksi Play-Off 1 Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Timor-Leste, 2 dan 6 Jun lalu untuk menyertai siri latihan dan tiga perlawanan persahabatan antarabangsa "A" bagi Jelajah Oceania 2016.

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM, 9 JUN 2016

2016-06-10

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 9 Jun 2016 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

 

1.    Kegagalan Majlis Sukan India Malaysia (MISC-MIFA) menghormati keputusan Jawatankuasa Status FAM bertarikh 5 Januari 2016 untuk menjelaskan bayaran tunggakan gaji bulanan kepada pemain, Rajesh A/L Letchumanan.

 

PLAY-OFF KELAYAKAN PIALA ASIA 2019: TIMOR-LESTE 0-3 MALAYSIA (AGREGAT 0-6)

2016-06-07

Skuad kebangsaan, Harimau Malaysia kendalian Datuk Ong Kim Swee sekali lagi berjaya menewaskan Timor-Leste 3-0 pada perlawanan kedua Play-Off 1 Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.