News Archive: January 2017

TIGA AKSI PERSAHABATAN DI BANGKOK PENTING BUAT SKUAD FUTSAL HARIMAU MALAYSIA - CHUN YONG

2017-01-15

Ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong menyifatkan tiga perlawanan persahabatan skuad Harimau Malaysia bertemu kelab Thailand di Bangkok bermula esok sebagai tempoh cukup penting menjelang sepak mula Kejuaraan Futsal AFF 2016 pada 23 Januari ini.

SENARAI 27 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYSIA B-22 BERMULA 29 JANUARI 2017

2017-01-13

Berikut senarai 27 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad Bawah 22 (B-22) negara, Frank Bernhardt untuk menghadiri kem latihan pusat bermula 29 Januari ini (Ahad). Ia sebagai persiapan bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu pasukan Vietnam B-22 pada 7 Februari depan di Ho Chi Minh, Vietnam.

 

BIL

SIARAN MEDIA: FAM NAFI DAKWAAN MASIH BERHUTANG DENGAN KAFA

2017-01-12

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin menafikan dakwaan bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa bahawa Persatuan ini masih berhutang hampir RM2 juta dengan KAFA, seperti yang disiarkan dalam media beberapa hari lalu.

SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT FASA 3 SKUAD FUTSAL WANITA MALAYSIA BERMULA 18 JANUARI 2017

2017-01-10

Berikut senarai 20 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad futsal wanita kebangsaan, Mohd Fairuz Mohd Noor untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 3 di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula 18 Januari ini (Rabu).

 Ia sebagai persiapan awal untuk menghadapi temasya Sukan SEA 2017 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Ogos 2017 selain Kejuaraan Futsal Wanita AFC dan Sukan Indoor Asia yang turut bakal berlangsung tahun ini.

 

MOHD FAIZ SUBRI MENANG ANUGERAH PUSKAS FIFA 2016

2017-01-10

"Assalamualaikum. Alhamdulillah berkat daripada-Nya saya telah diberikan anugerah berprestij ini.

 "Jujurnya, ia tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk berada pada tahap ini dan berpeluang untuk berdiri sama tinggi di kalangan pemain-pemain bola sepak bertaraf dunia di tempat yang menakjubkan ini.

 "Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Pulau Pinang, rakan sepasukan, jurulatih, staf, PFAM, FAM.

SKUAD FUTSAL LELAKI HARIMAU MALAYSIA KE PULAU PINANG UNTUK AKSI PERSAHABATAN & KEM BINA SEMANGAT

2017-01-09

Skuad futsal lelaki kebangsaan, Harimau Malaysia bertolak ke Pulau Pinang, pagi tadi untuk perlawanan persahabatan menentang Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2016 di Bangkok, Thailand dari 23 hingga 29 Januari 2017.

SENARAI 22 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT FASA 2 SKUAD WANITA MALAYSIA BERMULA 9 JANUARI 2017

2017-01-04

Berikut senarai 22 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad wanita negara, Mohd Asyraaf Abdullah untuk menghadiri kem latihan pusat bermula 9 Januari ini (Isnin) di Kompleks Sukan Universiti Malaysia, Kota Kinabalu, Sabah. 

Skuad wanita Harimau Malaysia dijadual menghadapi Kejohanan Pembangunan Bola Sepak Wanita Serantau 2017 di Singapura bermula 16 Februari hingga 20 Februari ini. Kejohanan bola sepak tiga penjuru ini turut disertai pasukan Singapura dan Filipina.