News Archive: January 2017

SENARAI 18 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYSIA B-22 BERTEMU VIETNAM B-22 PADA 7 FEBRUARI 2017

2017-01-31

Berikut senarai 18 pemain yang akan dibawa ketua jurulatih skuad Bawah 22 (B-22) kebangsaan, Frank Bernhardt ke Vietnam, Ahad ini (5 Februari) untuk menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Vietnam B-22 di Stadium Thong Nhat, Ho Chi Minh pada 7 Februari depan (Selasa).

BIL

NAMA

KEJUARAAN FUTSAL AFF 2016: MALAYSIA 8-1 TIMOR-LESTE (TEMPAT KE-3)

2017-01-29

Skuad futsal kebangsaan, Harimau Malaysia berjaya menamatkan saingan Kejuaraan Futsal AFF 2016 di tempat ketiga selepas mudah menewaskan Timor-Leste 8-1 pada perlawanan penentuan tempat ketiga & keempat di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok, petang tadi.

KEJUARAAN FUTSAL AFF 2016: MALAYSIA 3-5 THAILAND (SEPARUH AKHIR)

2017-01-28

Skuad futsal kebangsaan, Harimau Malaysia gagal melangkah ke pentas final Kejuaraan Futsal AFF 2016 selepas tewas 5-3 kepada juara bertahan, Thailand pada perlawanan separuh akhir di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok, malam tadi.

KEJUARAAN FUTSAL AFF 2016: MALAYSIA 3-5 MYANMAR

2017-01-25

Skuad futsal kebangsaan, Harimau Malaysia tewas 5-3 kepada Myanmar pada perlawanan ketiga Kumpulan B, Kejuaraan Futsal AFF 2016 di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok, petang tadi.

 Dengan kekalahan itu, skuad kendalian Chiew Chun Yong mara ke separuh akhir selaku naib juara Kumpulan B berbekal enam mata hasil dua kemenangan pada perlawanan terdahulu menewaskan Indonesia 6-5 dan Laos 13-1.

KEJUARAAN FUTSAL AFF 2016: MALAYSIA 13-1 LAOS

2017-01-24

Skuad futsal kebangsaan, Harimau Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Kejuaraan Futsal AFF 2016 selepas garang membelasah Laos 13-1 pada perlawanan kedua Kumpulan B di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok, petang tadi.

 Selepas selesa mendahului 7-0 pada separuh masa pertama, skuad kendalian Chiew Chun Yong itu memulakan babak kedua dengan menambah dua lagi gol sebelum akhirnya dibolosi jaringan tunggal Laos menerusi Khampha Phiphakkhavong pada minit ke-29 untuk seketika kedudukan 9-1.

KELAYAKAN PIALA ASIA 2019: HARIMAU MALAYSIA DIUNDI KUMPULAN B BERSAMA KOREA UTARA, HONG KONG & LEBANON

2017-01-23

Skuad kebangsaan, Harimau Malaysia telah diundi dalam Kumpulan B bersama Korea Utara, Hong Kong dan Lebanon pada majlis undian Kelayakan Piala Asia 2019 di Abu Dhabi, UAE, hari ini yang turut dihadiri ketua jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee.

 Korea Utara yang berada di ranking ke-125 dunia telah diundi di posisi B1, Hong Kong ranking ke-140 di posisi B2, Lebanon ranking ke-148 di posisi B3 manakala Malaysia ranking ke-161 di posisi B4.

KEJUARAAN FUTSAL AFF 2016: MALAYSIA 6-5 INDONESIA

2017-01-23

Skuad futsal kebangsaan, Harimau Malaysia bangkit daripada ketinggalan dua gol pada babak pertama untuk akhirnya berjaya menewaskan Indonesia 6-5 pada perlawanan sulung Kumpulan B, Kejuaraan Futsal AFF 2016 di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok, petang tadi.

 Tiga kali berjaya menyamakan kedudukan, skuad kendalian Chiew Chun Yong itu akhirnya beroleh gol kemenangan menerusi jaringan kedua peribadi pemain berusia 23 tahun berasal dari Sabah, Ridzwan Bakri pada minit ke-29.

KEPUTUSAN TIGA AKSI PERSAHABATAN SKUAD FUTSAL HARIMAU MALAYSIA DI BANGKOK

2017-01-20

Skuad futsal kebangsaan, Harimau Malaysia mencatat sekali menang, sekali seri dan sekali tewas pada tiga perlawanan persahabatan di Bangkok, Thailand sebagai persiapan terakhir sebelum menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2016 di Bangkok bermula Isnin ini (23 Januari 2017).

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA RAYUAN FAM, 19 JANUARI 2017

2017-01-19

Jawatankuasa Rayuan FAM dalam mesyuaratnya pada 19 Januari 2017 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

SENARAI 22 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT & PEMILIHAN SKUAD BOLA SEPAK PANTAI KEBANGSAAN (23-26 JANUARI 2017)

2017-01-19

Berikut senarai 22 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan, Ismail Zakaria untuk menghadiri kem latihan pusat dan pemilihan skuad bola sepak pantai Harimau Malaysia di Gelanggang Bola Sepak Pantai, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dari 23 hingga 26 Januari ini.