News Archive: February 2017

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM PADA 27 FEBRUARI 2017

2017-02-27 

 Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuaratnya pada 27 Februari 2017 (Isnin) telah mencapai keputusan berikut:

1.  Tindakan pemain pasukan PKNP FC, Muhammad Fadhil Idris yang telah menumbuk muka pemain pasukan Terengganu, Issey Farran Nakajima semasa perlawanan Liga Premier 2017 di antara Terengganu lawan PKNP FC pada 21 Februari 2017 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

 

PIALA FAM 2017: UKM FC, MOF FC & SIME DARBY FC KEKAL REKOD KEMENANGAN

 2017-02-27

 UKM FC, MOF FC dan Sime Darby meneruskan rentak kemenangan setelah menewaskan lawan masing-masing pada aksi kedua Piala FAM 2017, semalam.

 Bagi saingan Kumpulan A, UKM FC dan MOF FC berkongsi kedudukan teratas selepas mengumpul 6 mata daripada dua perlawanan.

LFK 2017: MELAKA RAMPAS TERAJU, FELDA KUASAI CARTA WANITA

2017-02-26

Pasukan Melaka kendalian Mohamad I’sah Abd Rahim merampas kedudukan selaku pendahulu liga setelah menumpaskan T-Team 5-4 pada aksi Sirkit 3 Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017  di Arena UPSI, Tanjung Malim, hari ini.

PIALA BELIA 2017: KELANTAN, SSTMI B-16 BERMULA GARANG

2017-02-26

Saingan liga bawah 19 tahun kebangsaan, Piala Belia 2017 membuka tirai saingannya, petang tadi dengan menyaksikan Kelantan dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) B-16 masing-masing muncul pendahulu Kumpulan A dan B.

 Bagi saingan Kumpulan A, Kelantan yang mara ke separuh akhir musim lalu bermula garang apabila skuad kendalian Sazami Shafi'i  itu mudah menewaskan Pahang 3-0 di Padang Majlis Daerah Pekan.

LFK 2017: PAHANG TEWASKAN FELDA UNTUK TERUS TERAJU CARTA, MELAKA KEKAL REKOD BERSIH

2017-02-25

 Rekod bersih Felda United lebur di tangan pendahulu, Pahang setelah tumpas 5-4 pada perlawanan Sirkit 3 Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 di Arena UPSI Tanjung Malim, Perak, hari ini.

 Kemenangan keempat Pahang itu membolehkan skuad Tok Gajah kekal menerajui carta LFK kategori lelaki dengan 12 mata daripada lima perlawanan.

PIALA PRESIDEN 2017: KELANTAN, T-TEAM BUKA KEMPEN RAIH SATU MATA

2017-02-24

Juara bertahan, Kelantan kendalian Hashim Mustapha membawa pulang satu mata apabila seri 1-1 dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) III pada aksi sulung Kumpulan A saingan Piala Presiden 2017 di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, petang semalam.

 UiTM FC pula yang mendapat sentuhan bekas pemain Selangor, Anuar Abu Bakar muncul pendahulu minggu pertama bagi Kumpulan A selepas garang membenam Melaka 3-1 di Stadium Mini UTeM, Ayer Keroh.

SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT FASA 4 SKUAD FUTSAL WANITA MALAYSIA BERMULA 27 FEBRUARI INI

2017-02-22

 Berikut senarai 20 pemain dipanggil ketua jurulatih futsal wanita Harimau Malaysia yang baharu, Muizzudin Mohd Haris  untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 4 skuad futsal wanita kebangsaan bermula 27 Februari ini (Isnin).

SENARAI 30 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYSIA B-22 BERMULA 12 MAC 2017

2017-02-20

Berikut senarai 30 pemain dipanggil ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Frank Bernhardt untuk menghadiri kem latihan pusat bermula 12 Mac depan (Ahad). Ia sebagai persiapan bagi menghadapi Kejohanan B-23 Piala Dubai di UAE dari 20 hingga 28 Mac 2017.

 

 BIL

NAMA

PIALA FAM 2017: UKM FC, SIME DARBY FC MULAKAN KEMPEN DENGAN BERGAYA

2017-02-20

UKM FC dan Sime Darby FC memulakan kempen saingan liga divisyen tiga kebangsaan, Piala FAM 2017 dengan bergaya apabila melakar kemenangan 4-0 ke atas lawan masing-masing pada aksi pembuka tirai, semalam.

 Bagi Kumpulan A, UKM FC kendalian Sulaiman Hussin mencatat kemenangan besar ke atas pasukan yang layak ke suku akhir musim lalu,  Kelab Bola Sepak Kadazan Dusun Murut Malaysia (KDMM FC) pada aksi yang berlangsung sebelah petang di Stadium Mini UKM, Bangi untuk meneraju carta.

SENARAI PENUH CALON BERTANDING UNTUK PEMILIHAN FAM BAGI PENGGAL 2017-2021

2017-02-20

Berikut senarai penuh nama-nama calon yang bakal bertanding bagi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021 pada kongres ke-53 yang akan berlangsung di Hotel Hilton Petaling Jaya pada 25 Mac ini.