News Archive: February 2017

LFK 2017: PAHANG RAMPAS TANGGA TERATAS, MELAKA KEKAL REKOD KEMENANGAN

2017-02-19

Pahang bangkit membelasah KL Petaling Putra FC 7-1 pada aksi Sirkit 2 di Arena UPSI, Tanjung Malim, hari ini untuk merampas kedudukan tangga teratas kategori lelaki Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 daripada juara bertahan, Felda United.

 Selepas kekalahan mengejut 4-3 kepada T-Team semalam, kemenangan ketiga Pahang itu membolehkan mereka memintas kedudukan Felda United menerusi kelebihan perbezaan gol biarpun kedua-dua pasukan kini terikat sembilan mata.

MALAYSIA JUARA KEJOHANAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK WANITA SINGAPURA 2017

2017-02-19

Setelah melakar dua kemenangan, skuad wanita Malaysia kendalian Asyraaf Abdullah muncul juara Kejohanan Pembangunan Bola Sepak Wanita Singapura 2017, malam tadi.

 Pada perlawanan terakhir menentang tuan rumah, Singapura di Stadium Jalan Besar, pasukan kebangsaan bermula garang apabila pemain sayap kiri berpengalaman, Dadree Rofinus merembat kencang untuk menjaringkan gol pendahuluan seawal minit pertama permainan.

LFK 2017: FELDA UNITED RAIH KEMENANGAN KETIGA BERTURUT, T-TEAM KEJUTKAN PAHANG

2017-02-18

Juara bertahan, Felda United terus kekal di tangga teratas kategori lelaki Liga Futsal Kebangsaan (LFK) 2017 selepas berjaya mencatat kemenangan tipis 7-6 ke atas KL Petaling Putra FC pada aksi hari pertama Sirkit 2 di Arena UPSI, Tanjung Malim, hari ini.

 Pada Sirkit 1 di gelanggang sama minggu lalu, skuad kendalian Addie Azwan Zainal itu berjaya meraih dua kemenangan berturut selepas menewaskan Kuala Lumpur TPD 10-2 dan T-Team 6-2.

KEJOHANAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK WANITA 2017: MALAYSIA 2-1 BANGLADESH

 Skuad wanita Harimau Malaysia memulakan kempen Kejohanan Pembangunan Bola Sepak Wanita Singapura 2017 dengan langkah kanan setelah menumpaskan Bangladesh 2-1 di Stadium Jalan Besar, malam tadi.

 Penjaga gol cilik berusia 17 tahun, Nurul Azurin Mazlan muncul wira pasukan setelah menyelamatkan sepakan penalti dan beberapa percubaan bahaya Bangladesh.

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM, 16 FEBRUARI 2017

2017-02-17

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuaratnya pada 16 Februari 2017 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

1.    Tuntutan yang dikemukakan oleh Kelab Bola Sepak Felda United terhadap pemain, Mohd Rizal Mohd Ghazali dan Persatuan Bola Sepak Kedah mengenai kestabilan kontrak:

SENARAI 20 PEMAIN KE LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL B-20 KEBANGSAAN

2017-02-16

Berikut senarai 20 pemain dipanggil ketua jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong untuk menghadiri kem latihan pusat Fasa 1 bagi skuad futsal lelaki bawah 20 tahun (B-20) kebangsaan bermula 20 Februari ini (Isnin) hingga 25 Februari 2017 (Sabtu) di Wisma FAM, Kelana Jaya.

 Ia sebagai persiapan awal skuad futsal B-20 Harimau Malaysia bagi menghadapi Kejuaraan Futsal B-20 AFC 2017 di Bangkok, Thailand dari 9 hingga 21 Mei 2017.

 

SAINGAN PIALA BELIA 2017 BUKA TIRAI, 26 FEBRUARI

2017-02-15

Saingan liga bawah 19 tahun kebangsaan, Piala Belia 2017 bakal membuka tirai saingannya pada 26 Februari ini dengan menyaksikan lima perlawanan Kumpulan A dan empat perlawanan Kumpulan B akan berlangsung membabitkan 19 pasukan bertanding musim ini.

 Juara musim lalu, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) B-17 kendalian Reduan Abdullah tidak menyertai saingan musim ini, sekali gus bakal menyaksikan juara baharu bakal dinobatkan.

SAINGAN PIALA PRESIDEN 2017 BUKA TIRAI, 23 FEBRUARI

2017-02-14

Saingan liga bawah 21 tahun kebangsaan, Piala Presiden 2017 bakal membuka tirai saingannya pada 23 Februari ini dengan menyaksikan lima perlawanan Kumpulan A dan lima perlawanan Kumpulan B akan berlangsung membabitkan 20 pasukan bertanding musim ini.

SAINGAN PIALA FAM 2017 BUKA TIRAI, AHAD INI

2017-02-13

Saingan liga divisyen tiga kebangsaan, Piala FAM 2017 bakal membuka tirai saingannya, Ahad ini (19 Februari) dengan menyaksikan empat perlawanan Kumpulan A dan empat perlawanan Kumpulan B akan berlangsung membabitkan 16 pasukan bertanding musim ini.