News Archive: October 2018

SIARAN MEDIA: F:30 PENANDA ARAS BAHARU BUAT FAM

2018-10-31

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini melancarkan Peta Hala Tuju atau Roadmap FAM yang diberi nama F:30, dengan perencanaan menjadi lima negara terbaik Asia menjelang 2030.

FAM JUAL TIKET AKSI HARIMAU MALAYA DI PHNOM PENH & HANOI

2018-10-30

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin mengumumkan bahawa tiket bagi menonton dua perlawanan di tempat lawan skuad kebangsaan, Harimau Malaya bertemu Kemboja dan Vietnam pada saingan Piala Suzuki AFF 2018 sudah boleh dibeli oleh penyokong Malaysia bermula hari ini (Selasa, 30 Oktober 2018) sehingga Sabtu, 3 November 2018.

PREVIU PIALA TUN SHARIFAH RODZIAH 2018 YANG BERMULA SABTU, 3 NOVEMBER 2018

2018-10-30

Piala Tun Sharifah Rodziah 2018 - kejohanan bola sepak wanita di Malaysia kini semakin hampir dengan aksi minggu pertama dijadualkan bermula Sabtu ini, 3 November 2018.

Edisi tahun ini menyaksikan kejohanan tersebut berlangsung secara liga sepusingan.

RAYUAN PB KELANTAN & PB KUALA LUMPUR TIDAK BERJAYA

2018-10-26

Badan Rayuan FAM telah mengkaji semula rayuan yang dibuat oleh PB Kelantan (KAFA) dan PB Kuala Lumpur (KLFA) pada 24 Oktober 2018 dan telah mengekalkan keputusan yang dibuat oleh First Instance Body (FIB) pada 10 Oktober 2018. KAFA dan KLFA gagal memenuhi syarat kewangan yang ditetapkan di bawah peraturan perlesenan. Kedua-dua pasukan, bagaimanapun, telah memenuhi lima kriteria lain - infrastruktur, kakitangan dan pentadbiran, perniagaan, undang-undang dan sukan.

TIKET PIALA SUZUKI AFF 2018 DIJUAL DI AL-IKHSAN BERMULA 25 OKTOBER

2018-10-22

Selepas mengumumkan jualan tiket secara online bermula Sabtu lalu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengambil inisiatif tambahan untuk bekerjasama dengan Al-Ikhsan Sports bagi membolehkan para penyokong Harimau Malaya membeli tiket perlawanan Piala Suzuki AFF 2018 lebih awal di 20 cawangan terpilih rangkaian gedung barangan sukan terkemuka berkenaan bermula Khamis ini, 25 Oktober 2018.

SENARAI 26 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA MENJELANG PIALA SUZUKI AFF 2018

2018-10-22

Berikut senarai 26 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya bermula Rabu  ini (24 Oktober 2018) bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 November dan seterusnya Piala Suzuki AFF 2018 yang bermula dari 8 November 2018.

 

BIL

100 HARI PERTAMA PRESIDEN FAM

2018-10-21

Hari ini, Ahad 21 Oktober 2018 merupakan hari ke-100 Dato' Haji Hamidin Haji Mohd Amin menggalas tugas sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas dipilih secara rasmi pada Kongres FAM Kali Ke-54 pada 14 Julai 2018.

PREVIU KEJUARAAN B-19 AFC 2018

2018-10-20

Setelah 12 tahun segala usaha dan kerja keras, akhirnya skuad B-19 Malaysia kembali ke arena pertandingan remaja terbesar di benua Asia iaitu Kejuaraan B-19 AFC 2018 yang akan dianjurkan oleh Indonesia pada tahun ini.

PIALA SUZUKI AFF 2018: TIKET AKSI HARIMAU MALAYA DI BUKIT JALIL DIJUAL BERMULA 20 OKTOBER

2018-10-19

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin mengumumkan bahawa penjualan tiket dua perlawanan di gelanggang sendiri skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe bagi saingan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2018 akan dibuka secara online di www.tickethotline.com.my bermula pada Sabtu, 20 Oktober 2018.