News Archive: December 2018

FAM PUJI KESUNGGUHAN PENGURUSAN BAHARU PFA, TERUS BEKERJASAMA DENGAN MFL UNTUK SELESAI TUNGGAKAN GAJI PASUKAN LAIN

2018-12-28

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Piala FAM 2018, Perlis yang telah sah dipromosikan ke saingan Liga Premier 2019, seperti diumum oleh Malaysian Football League (MFL) dalam satu kenyataan, hari ini.

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA RAYUAN FAM KALI KETIGA BAGI PENGGAL 2017-2021

2018-12-27

Jawatankuasa Rayuan FAM dalam mesyuarat kali ketiga bagi penggal 2017-2021 pada Rabu, 26 Disember 2018 yang dipengerusikan oleh YDH CP (Bersara) Dato' Sri Mohammad Mokhtar Mohamad Sharif telah mencapai keputusan berikut:

 

Kes: Rayuan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) terhadap keputusan Jawatankuasa Status FAM yang telah bermesyuarat pada 3 dan 4 Disember 2018 berkenaan penamatan kontrak pemainnya, Muhammad Akhyar Abdul Rashid melalui tebus kontrak.

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI KESEMBILAN BAGI PENGGAL 2017-2021

2018-12-23

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuarat kali kesembilan bagi penggal 2017-2021 pada 6 Disember 2018 (Khamis) telah mencapai keputusan-keputusan berikut:

1. Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KSDBKL)

Kesalahan: Melanggar Artikel 67.1 Kod Tatatertib FAM edisi 2015 (selepas ini disebut “Kod ini”) akibat daripada kegagalan membayar jumlah amaun tertunggak sebanyak RM14,000.00 kepada Pengadu, Ahmad Nazrin Ahmad Nazim.

PENSTRUKTURAN SEMULA FORMAT PERTANDINGAN & PENYERTAAN PASUKAN PIALA FAM 2019

2018-12-19

Berikut adalah keputusan-keputusan yang telah diambil oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM (JKPT) melalui persetujuan oleh kesemua Ahli JKPT susulan daripada perbincangan awal diantara FAM dan MFL pada 22 November 2018 mengenai cadangan untuk menstrukturkan semula format pertandingan dan penyertaan pasukan dalam Piala FAM yang bakal diperkenalkan pada tahun 2019 ini nanti.

MALAYSIA MUNCUL NAIB JUARA PIALA SUZUKI AFF 2018

2018-12-16

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe muncul naib juara Piala Suzuki AFF 2018 selepas tewas 1-0 kepada Vietnam pada Final 2 di Stadium My Dinh, Hanoi, malam tadi. (Ringkasan perlawanan di SINI)

SENARAI AKHIR 20 PEMAIN KE KEJOHANAN BOLA SEPAK ANTARABANGSA B-21, PIALA NEWSPAPER 2018 DI HUE CITY, VIETNAM

2018-12-12

Berikut senarai akhir 20 pemain dipilih ketua jurulatih skuad bola sepak B-21 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee untuk beraksi pada Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa B21, Piala Newspaper 2018 di Hue City, Vietnam dari 12 hingga 18 Disember 2018.

 

BIL

NAMA

UMUR

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA STATUS FAM KALI KESEMBILAN BAGI PENGGAL 2017-2021

2018-12-05

Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuarat kali kesembilan bagi penggal 2017-2021 pada 3 Disember 2018 (Isnin) telah mencapai keputusan berikut:

1. Tuntutan dikemukakan oleh 1 pemain terhadap Persatuan Bolasepak Kedah berhubung penamatan kontrak melalui tebus kontrak

Keputusan: Tuntutan pengadu, Muhammad Akhyar Abdul Rashid telah diterima sepenuhnya dan pengadu adalah dibenarkan untuk menebus kontrak pemain bolasepak bersama Persatuan Bolasepak Kedah dengan bayaran nilai tebus kontrak sebanyak RM210,000.