News Archive: April 2019

SIARAN MEDIA: INTEGRITI PENGADIL TIDAK PERLU DIPERSOALKAN HANYA KERANA TEMPAT LAHIR

2019-04-06

Selepas perlawanan Liga Super 2019 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Felda United, semalam, terdapat pertanyaan dan persoalan mengenai integriti pengadil perlawanan tersebut yang dikatakan berasal dari Johor.

Untuk makluman semua, pengadil berkenaan adalah berdaftar di bawah Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) dan bekerja di Melaka. Beliau cuma lahir di Johor.

SIARAN MEDIA: TUN DR MAHATHIR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DELEGASI PEMIMPIN BOLA SEPAK DIKETUAI PRESIDEN FIFA

2019-04-05

Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi pemimpin bola sepak yang diketuai oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino.

Infantino diiringi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin, Presiden Persatuan Bolasepak Jepun (JFA), Kohzo Tashima dan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor John, di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN SKUAD B-15 KEBANGSAAN BERMULA 11 APRIL 2019 MENJELANG KEJOHANAN JOCKEY CLUB INTERNATIONAL YOUTH 2019 DI HONG KONG

2019-04-05

Berikut senarai 20 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-15 kebangsaan, P. Maniam untuk ke kem latihan di Padang MSN, Bukit Jalil bermula Khamis, 11 April 2019 sebagai persiapan bagi menghadapi Kejohanan Bolasepak Jockey Club International Youth 2019 di Hong Kong yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 23 April 2019.

 

BIL

NAMA

SIARAN MEDIA: LAPORAN PERTAMA ROADMAP F:30 FAM

2019-04-03

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini telah mengadakan sesi taklimat media bagi menerangkan laporan pertama Peta Hala Tuju atau Roadmap FAM 2019-2030 yang dinamakan F:30 bagi tempoh tiga bulan pertama iaitu Januari hingga Mac 2019.