News Archive: April 2019

DATO' HAJI HAMIDIN GESA PEMIMPIN BOLA SEPAK TEMPATAN JADIKAN WFS ASIA SEBAGAI PANDUAN

2019-04-29

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato' Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin menggesa persatuan-persatuan bola sepak di Malaysia untuk memaksimumkan kehadiran penggerak serta penggiat sukan ini di Sidang Kemuncak Bolasepak Dunia (WFS) Asia yang berlangsung dua hari bermula hari ini.

Dato' Haji Hamidin berkata, sidang kemuncak Asia yang julung kali diadakan di sini adalah peluang terbaik buat ahli gabungan mengikuti trend dan isu terkini.

SENARAI 25 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD BOLA SEPAK PEREMPUAN B-15 KEBANGSAAN MENJELANG KEJUARAAN PEREMPUAN B-15 AFF 2019 DI CHONBURI, THAILAND

2019-04-27

Berikut senarai 25 pemain dipilih ketua jurulatih skuad bola sepak perempuan B-15 kebangsaan, Mohd Zerry Nazeri untuk kem latihan pusat menjelang Kejuaraan Perempuan B-15 AFF 2019 yang akan berlangsung dari 9 hingga 21 Mei 2019 di Chonburi, Thailand.

 

No

NAMA

SIARAN MEDIA: PRESIDEN FAM GESA SEMUA PASUKAN BERI SOKONGAN PENUH KEPADA MFL

2019-04-26

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai badan induk bola sepak negara sedar bahawa faktor utama yang mampu membawa kejayaan bola sepak Malaysia di pentas antarabangsa adalah dengan memiliki liga domestik bertaraf profesional dan berkualiti.

Bagi tujuan itu, FAM sentiasa meletakkan pembangunan liga domestik ini sebagai agenda utama yang perlu diberi tumpuan bagi memastikan industri bola sepak di negara ini terus berkembang maju.

SIARAN MEDIA: PENDIRIAN FAM BERHUBUNG MFL

2019-04-25

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin menyatakan pendirian berhubung beberapa perkara yang membabitkan badan penganjur Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) seperti yang dilaporkan oleh media.

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB FAM KALI KESEBELAS BAGI PENGGAL 2017-2021

2019-04-19

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuarat kali kesebelas bagi penggal 2017-2021 pada 18 April 2019 (Khamis) telah mencapai keputusan berikut:

 

1. Pemain Pasukan Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat

Perlawanan: Perlawanan Liga Premier 2019, Sarawak lwn Kelantan pada 6 April 2019 di Stadium Negeri, Kuching.

SENARAI AKHIR 20 PEMAIN SKUAD B-15 KEBANGSAAN KE KEJOHANAN JOCKEY CLUB INTERNATIONAL YOUTH 2019 DI HONG KONG

2019-04-18

Berikut senarai akhir 20 pemain dipilih ketua jurulatih skuad B-15 kebangsaan, P Maniam ke Kejohanan Jockey Club International Youth 2019 di Hong Kong yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 22 April 2019.

 

BIL

NAMA

UMUR

SIARAN MEDIA: KELANTAN DIPOTONG TIGA MATA LIGA PREMIER SELEPAS GAGAL IKUT ARAHAN FIFA

2019-04-11

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini ingin mengumumkan bahawa pasukan Kelantan secara serta merta dipotong tiga mata dalam saingan Liga Premier 2019.

Ia hukuman daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) gagal mengikut arahan dan tempoh masa ditetapkan Jawatankuasa Tatatertib FIFA bagi menjelaskan tuntutan rasmi daripada bekas Pengarah Teknikal KAFA, Alfredo Carlos Gonzalez.

 

DATO' HAJI HAMIDIN LEPASKAN JAWATAN NAIB PRESIDEN AFF

2019-04-10

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato' Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin, melepaskan jawatannya sebagai naib presiden Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) yang dimenangi tanpa bertanding pada Kongres AFF di Siem Reap, Kemboja, baru-baru ini.

DATO' HAJI HAMIDIN TERPILIH SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA EKSEKUTIF AFC BAGI PENGGAL 2019-2023

2019-04-06

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin terpilih sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada Kongres AFC ke-29 di Kuala Lumpur, hari ini.